nuffnang

Tuesday, July 28, 2009

7 perkara JANGAN dilakukan selepas makan

1. makan buah
- makan buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air, Justeru , lebih baik makan buah satu jam sebelum atau selepas makan.
2. minum teh
- asid yg terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein dalam makanan yg telah dimakan akan mengeras. Seterusnya, makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi, disarankan minum air putih saja.
3. mandi
- sekiranya mandi selepas maka. ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumpah darah dikawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.
4. banyak berjalan
- banyak berjalan selepas makan boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yg telah dimakan
5. tidur
- tidur selepas makan boleh membahayakan sistem pencernaan. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. justeru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya satu atau dua jam.
6. merokok
- berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain!
7. bersenam
- jangan sesekali melakukan aktiviti senaman atau riadah lain selepas makan. ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan perut yg penuh!
: pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh saya; tuan punya blog yg selalu buat perkara no 1,2,3 & 5!!!!!
huh!
-info dr majalah harmoni
-gambar2 sumber google



11 comments:

kucingorengemok said...

ok set! lepas ni kalau sudah makan je duduk tersadai depan tv diam-diam. saya yang menurut perintah, kog :) [bagus la lagi dok dendiam dari org suruh vakum rumah lps makan kan, hihi]

mslvoe said...

sejak diet nie kak air teh O my fav pun lgsg sha x sentuh. rindu gak tp hanya mampu mlihat

Anonymous said...

hehehe... has biasa buat no. 1, 2, dan 3...kena ubah la pas ni

linahilmin said...

lina - KOG,
lepas ni ada alasan yg baik kan utk makan & terus menonton! :p

lina - mrslvoe,
akak kagum tul ngan sha ni.. kuat semangat bab diet2 nih! bila lah akak nk jadi kuat utk tak mkn nasi nih!

lina - honeylanz,
has dah tak jauh dgn berat idaman has kan..! chaiyok!!!

Hezesuze said...

lgi 1 org kata kalo mandi after makan perut akan buncit betul ke????

bleh khidmat masyarakt jelaskan...ekekeke

linahilmin said...

lina - hezesuze,
ala sis, ni ha yg tak mandi pas makan ni pun b.u.n.c.i.t. gak!!! adehhh!

watie wyyn said...

tp org cina minum chinese tea lps makan..aci tak??

linahilmin said...

lina - mummyyaeesh,
agakanya pasal:
1.cup dier comei je
2.chinese tea takde gula...
agaknya laaa...

en_me said...

ghitewww erk.. hmmm

linahilmin said...

lina - en_me,
gitewww le citernyeeee!

Nurhayati said...

1. patutle perotku byk muncittt... asik akan buah pas makan.. owh ye agi satu, byk cacing hahah

2. jarang minum teh..apetah lagi nescafe or kopi.. tak suka.

3. ada juga mandi pas makan. tapi jarang la.. dan pencernaan perutku mmg sangat jayanye, takde masalah hihi satu hari min 3x

4. erm kurang pasti.. daku mmg byk jalan dan tak de masalah pencernaan.

5. ha tidur pas makan mmg feveret. jadi ular sawa kan.

6. tak merokok!

7. kalau jaga anak tu kira bersenam tak.. :p

nuffnang