nuffnang

Thursday, December 30, 2010

roarrrrrrrr!







CONGRATULATIONS GUYS!








this is the man behind it, he's cool, smile all the time, but his prediction always right!
we won 2009 SEA Games which everyone thought its was fluke, but now you prove it again!




Congratulations K.Rajagopal!

Congratulations Harimau Malaya!









Wednesday, December 29, 2010

Tuesday, December 28, 2010

dear my blogger friends, update la blog korang sekarang...!

rasa(???) macam ada masa untuk menjengah blog kawan2..
tapi, alaaaaaaa..... ramai lagi yg belum update.., nak i update my own blog tersangat lah malas..
so, friends.. siler-siler update korang punya blog sekarang and i promise to click korang nyer Nuffnang banyak2! hiksss......

Monday, December 27, 2010

hari ni saya masak tau!

photo

setelah beberapa hari 'off duty' hari ni saya masak! simple je pun, takdelah kambing bakar, ayam golek pun! ayam masak kicap, daging asam pedas & kobis masaj lemak putih. sila-sila... :p

easy fortune happy life

sukaaaaa citer Taiwan nih!
dulu dah ada, tp 8tv dg baik hatinya buat ulang tayang;
waktu siaran : 3pm - 4pm (weekdays)
















selamat menonton!

Saturday, December 25, 2010

Friday, December 24, 2010

Blog masakan yg meruntun jiwa!

Yang betulnya bukan setakan meruntun jiwa, dah tahap meleleh ailio tau!
Masakan yg sedap, resepi yg jelas & gambar yang sangat cantik!
Ni empat link yg menjadi 'wajib lawat' sampai merembes ailio!





http://topsyturvymum.blogspot.com


http://tiffinbiru.blogspot.com


http://bisousatoi.com


http://hannamemories.blogspot.com




Klu tengok blog diaorang automatik rasa rajin..., once sampai dapur hilang lak rasa rajin tu!
Adehhhhhh.......
Dasar P kannnnssss!

Thursday, December 23, 2010

sausage cheese puff

photo

live telecast ni pic ni! rajin kan my anak bujang; ada yg nak booked siap2? muahahaaaaa!

tunggu kejap ye...

banyak gambar yg boleh dikongsi & juga ceria yg boleh disampaikan....
Tapi,
masa yg masih belum ada!








ps- Alhamdulillah. Abang & adik dah kembali bermain & ketaw riang seperti biasa! :)

Wednesday, December 22, 2010

my lil girl down with fever

photo

melepek! lembek! kesian sangat tengok! so, ni lah pengubat nya, 'youtube-ing' sesame street with IPad! get well soon darling, i miss ur laugh & cheekyness!

Tuesday, December 21, 2010

UNIFI Rocks!

photo

rasa berbaloi kalaupun bayar rm250 p/mth! satu umah leh wifi! laju berdesup lak tu! happy me! :) harap2 laju sampai bila2 lah ye! :p

Thursday, December 16, 2010

Alhamdulillah, at 4 yo Adam dah boleh membaca

Syukur!

Ini benda yg saya tak pernah ceritakan kat blog sebab saya rasa buat tambah sakit kepala! My son seorang kanak2 yg lambat bercakap. hatini risau hanya Dia yg tahu. Dah jumpa pakar semua cakap nothing wrong ngan his ear, check semua pun kata ok. Then i heard about speech theraphy, plan to bring him there too. Until one fine day, saya jumpa sorang doc ni, dia suggest i bwk Adam jumpa pakar kanak2 yg specialist in brain kat SJMC.., ibu mana yg nk terima kan. Tp dlm kepala dah set, untuk kebaikan Adam, ill do anything! Tapi before buat appt semua, doc tu kata; Adam is only 3thn lebih masa tu, why not we give him chance until dia 4tahun. Ok, fine!

ALHAMDULILLAH, tepat2 hari lahir dia yg keempat, dia mula bercakap!
And luckily dia terus bertutur dgn full sentence, cuma kelakar la sebab dia tak faham bila kita converse in bahasa, kena speaking okeh!
Baru lah mummy dia realize yg sepanjang 4 tahun tak bercakap tu, byk input yg dia kumpul dlm kepala, sebab dia terus boleh cakap a-z, 1-100... Mula perasan yg byk words yg dia kenal.. First thought, dia dah hafal every words tu, sampailah one day i ambil a few of his storybooks and asked him to read. Again, syukur ngan rahmat Allah, betul yg dia dah boleh membaca! Dalam tempoh 5 bulan baru bercakap, he now can read! Besarnya pencapaian tu! Sebanyak mana saya bersyukur, sebanyak itulah juga saya berbangga..! Without formal education (dah register real kids masa awal 2010, tp dia nangis sangat2, end up pergi 2 hari je!!! - abis burn duit rm1k+!... Huhuhuuuu), so memang semuanya dia usaha sendri throughhis observation lah kot!

So, for those mothers out there, if ada masalah anak lambat bertutur, jangan risau & yg penting jgn putus asa! Treat diaorang macam anak2 lain yg boleh bercakap juja sebabdiaorang faham apa yg kita cakap. Layan macam biasa tanpa beza2kan diaorang. Always cari ruang, masa & peluang untuk bercakap dengan dia, walaupun he didn't reply or give any reaction. Berbual macam biasa. Never ever rendah2 kan diaorang. Dan most important, tak perlu bgtaau semua org yg anak anda lambat bercakap; bukannya apa sebab kadang2 kata2 orang boleh buat kita bertambah runsing. Doa & tawakal pada Allah sebab semua kejadian dibumi & langit adalah dalam kuasa Dia yg Maha Esa.



ADAM DZARIF,
cinta hati mummy & daddy, we always proud of u! Not only because u can read at very young age, but for every single thing yg u achive.
Im proud the day u're born, the very first time i hold u in my arms...
Im proud when u can crawl,
Im proud when ur first tooth out from ur gum,
Im proud when u take ur first step to walk....
Im proud because u such a good abang to ur sister...
Yes ADAM, if one day u read this, u should know that im always proud of u!
Congratulations on your achivement, i know u work hard in your own way untuk kenal huruf2 dan seterusnya belajar membaca!

Wednesday, December 15, 2010

Monday, December 13, 2010

quote dari Ustaz Zaharuddin

"Wanita amat sukakan kecantikan, maka Allah menjadikan fizikal wanita amat cantik namun cepat dimakan usia berbanding lelaki. Jika kecantikan diyakini modal utk mencapai kebahagian, hilanglah kebahagian itu dimakan usia. Wanita solehah menjadikan kecantikan ROHANI & ADAB sbgi modal mencapai bahagia, dlm rumahtangga, dun...ia & akhirat, lalu ia berkekalan"
http:www.zaharuddin.net

KFC pun ada EGGs Tart!

eh ehhh..., dont rubbed korang nyer mata, betul lah...
KFC = Kentucky Fried Chicken

ni the latest on their menu, egg tart...
i bought 6pcs = rm10.60..
kira ok lah kan...
tapi, rasanya memang sangat sedap!

sla masukkan dlm list "Mesti Cuba" korang ye... sedap sangat sedap lah!







hari ni pun nak mintak husband beli lagi bila dia balik kerja nanti!
:)

Sunday, December 12, 2010

dia sudah kembali - McD Prosperity Burger

photo

beef prosperity, mcfizz & curly fries! perfecto! :)

tak sukaaaaa!

photomap

arghhhh! pipi ariana berbintat kena gigit nyamuk. kulit dia sgt sensitif, kena apa2 pun akan lambat baik, worst case akan tinggal bekas! ni kena pulak kat pipi, tak seronok lah! mopiko lai la! :(

Wednesday, December 8, 2010

2 hidangan untuk mata! :)

pasal handbag lagi...
bukan milik saya pun, semua picture hasil enche' google..!

2 bag yg harganya lebih kurang sama!


1. Marc by Marc Jacobs
Baby Groovee in Rosie






2. Coach
Coach Sophia in Red



santek2 kan!



Monday, December 6, 2010

Awal Muharam

photo

Salam Maal Hijrah. Dear Friends, jgn lupa baca doa akhir tahun & awal tahun ye.. & Surah Yaasin jugak. Moga tahun depan kita akan jadi lebih baik dr tahun ini. Insyallah, Amin. Selamat Tahun Baru Islam!

Sunday, December 5, 2010

size 14 / size 16 / size L

Im 6mth+ pregnant and thats the size of tops that im wearing now. ikut cutting baju la kan..
tapi seluar jgn harap lah, awal2 lagi ive to wear maternity pants... ni pun perut sangat besar! (isk isk isk)...
but, utk baju, im more than happy.., actually tak perlu pakai baju maternity pun (tapi, bila lalu (9month punya butik tu, harus lah beli jugak..), dan selalunya baju2 yg menjadi pilihan adalah dr Dorothy Perkins... (sebab senang dpt size & cantik jugak!)... so, even after pregnant i tak takut sangat bab size baju, cuma 'perut' tu yg bakal jd igauan ngeri! adehhhhhh!
but then, klu dpt turun sampai size 8 kerrrr...., tak ke best??? (ni berangan??? ehhhh, anggap je motivasi diri!) ngeeeee.....





mau slim...
mau slim...
mau slim....



:p


Friday, December 3, 2010

Adam's artwork

photo

this is his artwork using pc; ok la kan for 4yo. he definately inherit his daddy's hand, tangan seni camtu. klu ikut mummy, sampai hari ni pun draw org lidi pun tak cantik! muehehehe!!

Thursday, December 2, 2010

my little bowling's star

He loves to play bowling so much.
he using the lightest ball yg ada (for me, still heavy lah!)





bukti utama!
first tengok nama sendiri, he's sooooo excited!

pilih bola dulu...



ready...




hit it!



ermmm....
we see how...

satisfied with his own marks..





it such an enjoyable moment for him & for us too!

Wednesday, December 1, 2010

Munawwarah - Awal Muharam Special Discount!






yeayyyyy!
sangat excited sebab memang dah plan nak beli 'beberapa' helai plain Munawwarah tudung, tup tup.. tengok kat fb ada update bgtau yg bakal ada sale! sangat gembira okeh!



date : 2 - 7 Disember 2010

Special Offers :
Selendang T Munawwarah 30% off
Tudung T Munawwarah 20% off
Tudung T Small Munawwarah 10% off
Tudung Munawwarah Collection 40% off

For purchase of every RM300 for clothes -get RM10 discount voucher for limited edition Munawwarah tudung.





blog Munawwarah : http://munawwarahdesign.blogspot.com/

Keropok Lekor Terengganu - order online atau sms pun boleh!







last week memang rasa teringin nak makan sangat2.
beli yg dijual di tepi2 jalan...., ala, rasa tepung melebihi rasa ikan! keras pulak tu! (tapi beli rm2 tetap abis! ngeeeeee!)
diberitahu oleh seorang sahabat ada yg menjual keropok lekor Terengganu secara online!
Wahhhh, ini sudah bagus!
malam tu jugak terus sms, dan bankin duit.
dan semalam dah sampai! (bg masa 1 week ye, diaorang ni banyak sgt tempahan!)
Alhamdulillah, berbaloi penantian i!
rasa keropok yg padat ikan & sos yg sedap!
yeayyyyy!
so, sekarang tak perlu fikir nak kena booked Air-Asia pegi Terengganu untuk beli keropok yg sedap!

teringin???

facebook : http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001258099005
(add jangan takk add!)


takde facebook???
nah no hp, sms pun boleh!
016-921 4557
012-922 3255


dan ini pula adalah senarai harga mengikut pakej;
Set A-20 Btg + 1 Btl Sos= RM39
Set B-30 Btg + 1 Btl Sos= RM49
Set C-40 Btg + 2 Btl Sos= RM69

ohhh, lupa, nama tokey: Hariss






*malam semalam mkn keropok, pagi ni pun sama..., nanti lunch pun mau makan keropok.. hemekkkk, makan keropok sampai lebam!*

Tuesday, November 30, 2010

OSIM uMist






uMist -The ultrasonic humidifier

The OSIM uMist uses ultrasonic technology to generate cool, fine mist that humidifies your room more effectively, preventing dryness in the air.

The uMist also produces negative ions that remove dust and other suspended impurities to improve air quality. With a large capacity water tank that enables 14 hours of continuous usage on 1 full tank, 2 emission speeds, and a safety feature that switches off the humidifier when the water tank is empty, the uMist is the ideal humidifier for every home and office.







*ini bukan iklan berbayar ye, tuan punya blog yg baru beli ni*

Soal Asyraf


ni dia Juara Imam Muda, Astro Oasis
Haji Asyraf
Pernah tonton rancangan ni?
Personally, saya suka sangat!
Topik2 semasa, ada sketsa, disertakan dengan huraian yg mudah hadam dan faham dan juga nasihat lemah lembut yg boleh buat orang semua suka dengar!
baguslah Astro wujudkan channel Oasis ni, food for soul kinda.. takkan asek makan untuk perut je kan, kenalah juga isi minta, jiwa dengan perkara2 baik yg diberkati Allah.
for those yg nak tengok:
rancangan - Soal Asyraf
channel - Astro Oasis (astro 106)
masa & hari - Selasa, 7.30pm
*ulangan pun ada, nanti masing2 check eh..
:)


Monday, November 29, 2010

tragis!

Mayat Dalam Almari : Tertuduh Buat Hubungan Seks Dengan Kekasih Depan Almari

SHAH ALAM : Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.

Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.

Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.

Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang.

Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.

Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang.
Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.

Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap.

“Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.

Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.

Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.
Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan.

Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT).

“Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.
“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina.
“Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.

Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh.
“Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.
“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang.
“Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.

Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu.

“Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.

Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terkahir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung 13 Januari depan.

sumber : http://mstar.com.my







*inilah yg terjadi bila syaitan dan nafsu mengatasi iman, akal & hati*

takziah & Al-Fatihah

dua-dua pun lawaaaaaa & gagah perkasa :p

cantik kan!

mana satu korang berkenan?


Voltswagen Toureg


Volvo CX90
ehhh, jangan kata i menunjuk-nunjuk tau.... bukan i beli pun!
berkenan jek!
style eh..!

Healthy breakfast on Sunday morning


*smoked chicken breast with cheese sandwich & salad*
ohhhh..., takde lah niat nak menunjuk-nunjuk picture sandwich ni, ala, haruslah korang semua cakap, sandwich pun mau tayang ka?????



ehhh, haruslah tak, niat nyer nak tunjuk & bagitau yg i baru beli benda ni:




TEFAL sandwich maker.
Harvey Norman ada sale u'olssss!
murah je nih!
:p

Sunday, November 28, 2010

Tartan's Attack!

"Tartan is a pattern consisting of criss-crossed horizontal and vertical bands in multiple colours. Tartans originated in woven wool, but now they are made in many other materials. Tartan is particularly associated with Scotland. Scottish kilts almost always have tartan patterns. (Tartan is also known as plaid in North America, but in Scotland, a plaid is a tartan cloth slung over the shoulder or a blanket.)
Tartan is made with alternating bands of coloured (pre-dyed) threads woven as both
warp and weft at right angles to each other. The weft is woven in a simple twill, two over - two under the warp, advancing one thread each pass. This forms visible diagonal lines where different colours cross, which give the appearance of new colours blended from the original ones. The resulting blocks of colour repeat vertically and horizontally in a distinctive pattern of squares and lines known as a sett."


musim agaknya, mana2 dah ada tartan pattern at their product.

Coach




MAC Cosmetics


Ralph Lauren

NIKE




Lacoste


PUMA








# ni kira fesyen 60's yg kembali popular!
Pernah tengok citer Arwahyarham Tan Sri P Ramlee?
Ingat siapa samseng kampung dusun?
sah2 masing2 pakai shirt baju kotak2 lengan pendek yg dilipat serta scarf yg diikat ditengkuk?
kan tartan tu?
kira tartan ni, phenomenal la jugak, timeless la senang citer!





Saturday, November 27, 2010

Popular's Sale

photo

semenjak Popular wat sale, dah 2 kali kesana. (rujuk gambar) 2 buku diatas belian last week - dah abis baca dah pun & 3 dibawah belian harini. Tapi hubbylah yg paling byk borong management books! tak sabar nk habiskan yg 3 ni, boleh lah pegi lagi! :)

Friday, November 26, 2010

Coach Carryall; my all time favourite pattern from Coach

Kalau sebut tentang Coach, ni carryall yg selalu jadi idaman hati i.
For me, i rasa pattern ni sangat classic.
Rasa sangat classy and elegant too.
Its a handcarry bag, dan pastinya akan buat kita bertambah anggun terutama kalau ke majlis seperti kenduri kahwin! (kata cuti sekolah kan, inilah antara agenda utama! :p)
Coach Carryall juga antara pilihan i bila mula2 i beli Coach.... dan pastinya, andai i beli lagi Coach, haruslah Carryall juga yg bakal i pilih.





lawa2 kan!




dan ini latest from Coach yg juga buat hati i berdebar2!
lawa la sangat!

picture courtesy of : http://bellaladystore.blogspot.com/
sila pakat2 order ye!



My Ultimate Wish List

Sesudah bersalin (Insyaallah, mid-March) saya mahu kembali SLIM!
Seriously.















oleh itu i sertakan gambar penyanyi / pelakon fav i, yg body nya sangat lahhhhhhhh menawan!
mahu juga secantik ini!
:P
harap2 tercapai lah kali ni ye...
Amin!



Thursday, November 25, 2010

Siri Makan : Bibiwok, Bandar Puteri, Puchong

Situated at Bandar Peteri, Puchong.
Kalau korang semua tau, KPMC Puchong, kedai ni di lorong yang sama.
Ada dua tingkat, bahagian bawah menyajikan makanan Nyonya & Fusion manakala ditingkat 1, ada thai steamboat.

Disediakan secara buffet, tapi jangan terkejut lak, kalau tak nampak sebarang buffet spread disediakan...
caranya begini;


ada menu seperti gambar dibawah.. ambil pensel & kertas yg disediakan, tulis apa yg korang pilih, then pass kat waiter yg menanti... once dah habis semua korang masak & makan... tulis lagi dan pass lagi.... begitulah prosesnya sampai kenyang!




ini contoh sebahagian dr yg saya order.....





ini sedang dibakar, sedap tau... ada bau daun pisang!
hot plate untuk membakar & ada pilihan sup atau tomyam untuk merebus.
saya pilih sup; haruslah kan dah ada anak kecil... tapi, rasanya memang sedap!




dah hampir masak!
Bismillah.....
nyummmm!




eh.... ada maggi juga!





disebabkan takde orang, nampak apa hero & heroin saya tengah buat?
tolong susun pillow!
Ada dua setting pilihan, boleh duduk atas kerusi macam biasa, atau pun macam gambar ni, duduk & hulur kaki bawah meja.. saya rasa lagi selesa macam ni lah!

nuffnang