Saturday, November 7, 2009

sesekali bila dia outstation.....

arini hubby outstation....
dekat CH tu jek....
tinggal lah i dan anak2 kat rumah...

sesekali bila takde kat umah, best gak... ha ha ha!

contohnya:- sekrg jam 1pm & saya masih bergolek2 atas katil sambil bergumbira ngan anak2, takde lah terkejar2 ngan house chores!

tapi since hubby dah lama tak o/stat, bangun pagi tadi.... turun ke tingkat bawah, masih rasa mcm dia ada kt bawah sambil tengok sports channel.... baru setengah hari dah rinduuu ahhhh! (ok, saya sedikit gediksssss disini!!!!) huhuhuhuh!......


so, anak2....

since daddy takde, mummy tak masak nasik ye arini...

so, nanti kita makan ni jek...




pastu kan... kita lepak2...
tengok dvd nursery rhymes.... elmo's world ke...
for dinner, mummy masak ni dah la kan....
sesambil tu kita layan tegnok ni....

8pm - 10pm


10pm-11pm....
ps- adam's latest fav show 'sehati berdansa'.... naik muak okeh klu sehari sampai 6x i kena tengok!!! tak tau la apa yg best sgt!!!!

Friday, November 6, 2009

bingka roti berlauk



ni hasil kerja semalam.... browse punya browse, tersangkut kat blog cik mat gebu, terus la try buat... hasilnya memang sedap! saya suka! ni i copypaste the recipe from blog cik mat....


BAHAN BINGKA ROTI :-)
10 - 12 keping roti putih (mat guna 12 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-)
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.

2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.

3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!


tu diaaaaa, i cp sebijik2 u'ollssss!
utk picture yg jauh lagi cantik & resepi2 yg best siler lah jenguk blog dapur tanpa sempadan ni...
cik mat gebu, terima kasih ya!

Thursday, November 5, 2009

hujung minggu = makan2, jalan2 & shopping!!!!

AMARAN :- entri ini mengandungi 25 keping gambar!


FRIDAY

mini donut, giant puchong
donut ni amat comel; bites size
rasa pun sedap & fluffy...
(kt tesco puchong pun ada!)




ayam penyet ria, sunway pyramid
suka ngan layanan kat sini, pekerja yg ramah & order yg cepat sampai!
(sampaikan masa nk balik adam & ariana diberi bekal kuih raya oleh kakak2 pekerta restaran!)
nampak tak beza baju ariana?
dia dah makan... comot momot, terus daddy berlari ke Jusco beli tshirt & tukar kat situ!



SATURDAY





shogun, sunway pyramid
japanese & thai food's buffet...
buffet spread yg sangat panjang, sampai taktau nk makan yg mana!
worth the money we pay...
ps- jgn tertipu ngan 3 keping pic foods tu, tuan punya blog makan berganda2 sebenarnya tp x sempat amek gambar!!!




geng's corner, seksyen 13 shah alam...
petang tu bwk mil makan2 kat sini...
makanan yg biasa2 je... dah lah lambat order sampai! grrrrrr!
(pada yg nak pegi, kedai ni satu lorong ngan Hajaba - sebelah tesco extra shah alam - dekat jugak ngan giant shah alam - dekat jugak ngan stadium melawati / shah alam)



SUNDAY


kfc, subang parade....
kalau time jalan2 dah tak tau nk makan apa, i'll choose kfc..
tak pernah let me down!



home sweet home, kota kemuning
dinner yg sempoi after whole day jalan2 & shop till you drop katanyerrrrr!
hamekkkkkk, karipap (segera), chicken finger & mee maggi sup!!!!
mak malassssss dek n0n!



sekian laporan makan2 sepanjang hujung minggu lalu!!!




Tuesday, November 3, 2009

jenama sardin pilihan anda...

dah perempuan tu prempuan jugak, kan...
jgnkan kata cosmetics, facial care, baju atau tudung..klu nak beli tu mesti belek punya belek, beli sardin pun nak pilih berjam2!




selalunya saya suka beli sardin cap ayam... sardin ni merupakan 'raja' segala sardin lah kiranya.. pasal nya harga dialah yg plg mahal dipasaran! tapi lately ni, saya rasa sardin ni dah tak berapa best, saya rasa isi ikan dia keras lah! tak best ok!
(gambar sardin ni credit to blog ni ; antara blog yg sentiasa mendapat rating yg baik dr saya!!! kena puji lebih sket sbb saya curi gambar dia!!! huhuhuhu)


dah sardin kat atas tu tak best bg tekak saya.... saya tukar la kepada sardin ni...




sardin king cup..... ikan dia lembut, mengikut spec yg saya nak tapiiiiiii tulang dia keras la.. saya suka sardin yg tulang dia pun lembut!


dah nak kena cari sardin yg plg best di pasaran!!!



saya pernah try sekali, dan saya sedap....
tapi dah tak berapa ingat lak...
next time nk kena beli sekali lagi dan cuba..

cuba pasti jaya! eheh.... tiba2 je!


kawan2 suka sardin jenama apa?









Monday, November 2, 2009

anak mummy dah besar dah! huhukkkkk!



Done with adam dzarif's kindergarden registration last saturday...
actually, our plan is to send him to Yamaha for a weekend class next year..., but terpaksa tukar plan bila tiba2 ada pamplet / leaflet kindy tu & adam dok sibuk la dok belek2, read it religiously, tambah lak ngan buat muka kesian kat daddy, terus daddy ajak pegi check masa kindy tu buat 'open day' last week... he seems very happy & daddy pun apalagi, register terus.....
bila tengok resit tu, rasa macam anak dah besar sangat; mummy dah sebak semacam.. airmata dah turun dah! huhuhuuh.... ok, mummy adam mmg drama queen!

so, 4 january 2010 my very manja son akan melangkah ke sekolah (tadika)...
it's a big step for him & for us (his parents) as well.... daddy adam lagi best, dah apply cuti siap2 nak antar anak gi school! :p

excited!!!!



Tuesday, October 27, 2009

finger licking good


when we crave for certain dish, klu dapat makan tu mesti rasa bukan setakat jilat jari, jilat pinggan tu pun boleh kan.... and in my case, hirup kuah sampai kering!
dah 2/3 hari rasa nak makan singgang ikan tongkol (ada orang panggil ikan kayu / ikan aye), last saturday baru jumpa ikan ni yg elok2....
puas hati dapat makan!
sedapppppp!

singgang, ayam goreng, tauge grg kicap.....!
klu orang yg suka makan budu, ada singgang lak.... mmg lagi masyukkkkk lah kan!
since kat rumah ni takde pun oarng yg makan budu, so, kita makan ngan sambal belacan je...!



Monday, October 26, 2009

LOVE AFTER LOVE



the time will come
when, with elation,
you will greet yourself arriving
at your own door, in your own mirror,
and each will smile at the other's welcome,
and say, sit here. eat.
you will love again the stranger who was your self.
give wine. give bread. give back your heart
to itself, to the stranger who loves you
all your life, whom you ignored
for another, who knows you by heart.
take down the love letters from the bookshelf,
the photographs, the desperate notes,
peel your own image from the mirror.
sit. feast on your life.
-Derek Walcott-

i'm a nuffnangers!