nuffnang

Friday, July 31, 2009

hari malas saya! ngeeeeeee!

betul ni... tak tipu!
saya betul2 malas nak masak, basuh kain, lipat kain, basuh pinggan.....

dah pukul 1.57pm saya hanya :
-berjalan2 diblog kawan2
-baca online newspaper
-baca gosip2 artis!
-main dengan anak2
-berfacebook
-baca Al-mathurat......

sapa yg rajin2 tu, silalah tiup angin rajin anda untuk saya disini!

Thursday, July 30, 2009

2 novel sarat ilmu

1. Bohemian - Imaen

bohemian ni dah jadi one of my all time fav books! berulang kali baca, tetap suka, tetap kagum. Suka dengan plot cerita yg lancar, suka dengan ilmu2 yg dikongsi, suka dgn falsafah2 imaen yg menarik & suka dengan nasihat yg penuh hemah. Bila kehabisan stok bacaan baru, pasti bohemian antara yg menjadi pilihan utk diulang baca. dan sehingga kini, saya masih sukakan fadlan! oppssss, watak utama dalam bohemian.




2. Bintang- bintang ke Syurga - Xarine

untuk penulis yg pertama kali menulis novel, saya ingin kasi 2 thumb-ups! cerita yg bagus disulami dengan hadis & ayat dari potongan Al-Quran. membaca buku ini seolah2 mendengar cerita ataupun menonton tv... watak2 nya bagaikan hidup! pada sesiapa yg inginkan motivasi & inspirasi, buku ini adalah antara bacaan yg wajib baca!





entry ini & ini saya namakan : support our local novelist!
disamping taktau nk blog pasal apa!!! gulp!

pelangi : syud, hlovate, noor suraya

3 kisah hebat yg dihimpukan dalam 1 naskah

3 karya penulis yang amat berbaloi untuk dimiliki

1. Pelangi - syud

-bagi pengikut setia blog syud, pasti sudah mengenali Usamah & Iman. Jodoh yg diatur, perkenalan yg bahagia hinggalah tragis yg menimpa, semuanya ada! saya suka hasil kerja syud, oleh itu saya amat suka dengan pelangi... jangan lupa baca novel tulisan syud yg terdahulu yg juga semestinya best; tentang dia & tas merah jambu (dalam koleksi kebun mimpi - kedua2nya dari jemari seni publishing).

-tak sabar menunggu novel syud yg seterusnya, untuk awak...teja aulia! mesti best giler!

2. Ked's Story - hlovate

-sebagai seorang kipas-nak-mati karya2 hlovate, saya taknak cakap banyak... nanti ada yg kata saya ni biased! tapi memang best pun! walaupun dah berulang kali baca e-novel ked's story ni, masih lagi tak jemu. mengimbau zaman remaja sambil mengambil ilmu yg ada... kisah cinta yg indah antara ked & nawal... saya juga recommend kawan2 yg meminati novel melayu untuk dapat semua karya hlovate; 5 tahun 5 bulan, schubert's serenade (dlm koleksi gurindam jiwa), Aa+Bb, Tunas & Rooftop Rant.. semuanya pasti akan buat anda rasa berbaloi!

-novel hlovate akan datang, versus!!! jemariseni, cepat2 keluarkan ye!!! :p

3. Rumah Kecil Di Ujung Padang - Noor Suraya

-saya suka citer ni sangat2! lenggok bahasa kak su yg best, ada kelakar, ada sinis, ada sedih...! berlatar belakangkan Pulau Dung, Terengganu & Bandung, Indonesia.. karya terbaru dari Kak Su ni mengancam habis! ohh lupa, pada siapa2 yg rindukan alang muzammil mesti beli buku ni sebab ada terselit sedikit kisah alang & nuha... (rindu pada alang!)... karya2 terdahulu kak su dari jemari seni; kebun mimpi (dlm koleksi kebun mimpi), hati andriana (dlm koleksi gurindam jiwa), panggil aku dahlia & surat ungu untuk nuha.

-tak sabar tunggu jaja, din; novel yg bakal terbit (kalau tak sabar October nanti) dari kak su! i lap u, kak su!

http://jemariseni.com/.

Tuesday, July 28, 2009

7 perkara JANGAN dilakukan selepas makan

1. makan buah
- makan buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air, Justeru , lebih baik makan buah satu jam sebelum atau selepas makan.
2. minum teh
- asid yg terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein dalam makanan yg telah dimakan akan mengeras. Seterusnya, makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi, disarankan minum air putih saja.
3. mandi
- sekiranya mandi selepas maka. ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumpah darah dikawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.
4. banyak berjalan
- banyak berjalan selepas makan boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yg telah dimakan
5. tidur
- tidur selepas makan boleh membahayakan sistem pencernaan. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. justeru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya satu atau dua jam.
6. merokok
- berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain!
7. bersenam
- jangan sesekali melakukan aktiviti senaman atau riadah lain selepas makan. ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan perut yg penuh!
: pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh saya; tuan punya blog yg selalu buat perkara no 1,2,3 & 5!!!!!
huh!
-info dr majalah harmoni
-gambar2 sumber google



Monday, July 27, 2009

Al-Fatihah : Yasmin Ahmad

kind of citer dah basi...
dah hari ni baru berkesempatan....

Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad dan takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah.....

saya menonton sepet buat pertama kalinya bersama seorang kawan (husband saya lah sekarang ni!!!) di klcc... kagum, bangga dan terpegun kerana tak sangka ada karya orang Malaysia yg bagus begini... cerita yg boleh buat kita ketawa & menangis tersedu2 tanpa rasa malu dalam hall cinema tu.. sebabnya, orang lain juga sama. saya menonton (kalau tak salah) dlm pukul 8 camtu... habis tu, terus berjumpa dengan rakan2 sidia dan mengajak mereka menonton lagi! kami pergi beramai2 (6 orang rasanya)... (termasuk lah adik hensem ni) untuk menonton midnight... masih punya feeling yg sama... habis cerita penonton bertepuk tangan & bersorak... memerhati keseluruh hall; rupanya2 Yasmin Ahmad berjaya menyatukan rakyat Malaysia dalam Sepet... dalam suara ramai yg bersorak riang tu, ada melayu, cina & india! bangga! kalau anda pernah menonton Sept, pasti ada perasan yg masa scene jason pass his hp's no to orkid, & orkid tengok kat small piece of paper tu... kami sempat menghafal no hp tersebut & called.. amat tak sangka rupa2nya it's Yasmin Ahmad's number! best giler, dapat berborak macam kawan sendiri je!

Yasmin Ahmad & Sepet adalah kenangan saya tersendiri bersama husband......
Tiada lagi selepas ini, iklan2 Petronas yg menyentuh perasaan hasil tangan beliau...
Tiada lagi movie2 indah karya beliau....
kerana Allah lebih sayangkan beliau...

Yasmin Ahmad,
moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman....
amin....

ps- dr Dia kita datang & kepadaNya juga kita dikembalikan.....

Friday, July 24, 2009

Puteri Aurora Beradu



Puteri Aurora Beradu, drama baru yg mengisi slot lagenda TV3. Baru 3 episod. Masa mula tengok intro citer ni, terus tertarik ngan lagu tema nya. Lagu nyanyian kumpulan Nitrus tu bertajuk resah... gigih tau saya menggoogle, cari lirik & muka2 dak nitrus ni! best lah lagu ni... very mellow & ada ala2 indon sket. so, sapa kata muzik Malaysia tak bagus??? (tibe2 jerrr!!) ha ha....

Barisan actors & actresses untuk drama ni pun best2.. seperti; eizlan yusuf, beautiful lady rozita che wan (lawa sungguh dia ni, ngan make-up lite2 camtu je!), iqram dinzly (akak sukerrrrr!!!), memey suhaiza (cantik lah dia ni, petutlaaaaaa.... apa yg patut? suka ati korang la nak jawab!), aida aris, norish karman, wan maimunah (menjadi sungguh dia jadi mak itam; watak bomoh!) dan ramai lagi....

Drama ni setiap hari, isnin - khamis jam 4.30pm (tv3) & ulangan isnin - khamis 8.35pm (tv9.. dekat dihati.. eheh!).

RESAH

Berapa lama harus aku tunggu

Kata setuju kamu

Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru

Mana tuju hatimu

Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku

Kau masih belum tentu

Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku

Ungkapkan rasa itu

Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu

Diriku ada kamu

Akan ku relakan semua ada ku untukmu

Mungkin bila kau tahu

Mungkin bisa kau temui jiwaku

Usah biar terusan begitu…








PS:
ni bukan puteri aurora, tapi puteri & putera hati saya sedang beradu!
(gambar lama)

kisah tragis MARWA AL-SHERBINI

tanpa sedar, menitis airmata membaca kisah ini.....

Dr. marwa al-sherbini, seorang ibu beranak satu serta sedang mengandung tiga bulan, mati ditikam sebanyak 18kali oleh seorang pemuda Jerman di kota Jerman. Dia dibunuh dengan kejam hanya kerana mempertahankan jilbab yg dipakainyanya; hanya kerana itu dia dianggap sebagai terrorist. Suaminya yg bangun mempertahan kan Marwa juga turut ditikam sebanya 3 kali. Apa yang paling memilukan, kejadian ini berlaku didepan anak mereka yg hanya berusia 3 tahun!

Al-Fatihah...........


untuk membaca kisah2 lanjut mengenai Dr Marwa, go googled kay!

ps: credit picture to beautifulnara.com

Thursday, July 23, 2009

teringin nak update tp......!

takde idea yg datang....
tak tau nak citer pasal apa.....
walaupun saya memang rasa nak update blog saya yg tak seberapa ni...

nak citer pasal anak2....?
apa yg nak diceritakan, keadaan yg sama hari2...
kecuali ariana, si bongsu kesayangan saya... gigi atas dah tumbuh 2 & bawah lagi satu... total, 5 batang gigi! comel!


nak citer pasal masak2 / makan?
ala... saya masak benda yg sama tiap2 hari...
nak citer pasal makan kat luar.., semalam ngan arini saya makan kat umah je!


nak citer pasal jalan2...?
mana ada saya gi mana2 2-3 ari ni... abis, nama pun weekdays.. nak kemana, sah2 encik suami bekerja dan pulang malam!


nak citer pasal shopping....?
dah tak kemana2, apa yg nak di shopping.... eh eh.... boleh je shopping online kan!
tak, saya tak shopping apa2... lagi! tapi, saya tengah mengidam satu tote bag...! :p


errmmmm... semalam saya order 2 novel dr jemari seni... itu je lah pun!
js, post lah cepat2 buku saya, tak sabar2 nak baca nih!


nak citer pasal movie....?
dah lamaaaaa sangat saya tak gi tengok wayang! filem terakhir yg saya tonton adalah bee movie, tragis kan!!! masa menonton bee movie tu, adam dalam setahun lebih... he's enjoy it! sampai arini saya masih terdengar2 ketawa adam masa menonton citer tu!


setakat menonton vcd2 cap ayam adalah... dengan aquos 32" kat umah tu! (ke saya kena beli yg lcd yg besaaaaar lagi utk dapat kan impact dalam cinema!).. so, makna nya, saya ada la tengok filem2 terkini.... dan vcd2 kegemaran anak2 saya... contohnya: sesame street, blues clues!

tapi saya amat tertarik ngan satu movie ni... karya tempatan. Tajuknya, syurga cinta.. simple storyline, script yg kelakar ngan lawak sindir ala p.ramlee..., lakonan awal ashaari yg bagus, takde scene melampau (ganas, seksi, ngada2....)! saya suka sangat! tahniah filem malaysia!


nak citer pasal man-u vs malaysia?
semua orang dah tau result nyer....
1st game 3-2, rematch 2-0.....
tapi, epl season ni memang saya tak tengok bola...
sebabnya....
saya ni penyokong....
mamat yg hensem nih!
charming kannnnnnn!
so, mana team yg dia manage, team tu la yg saya sokong! :p


nak citer pasal wishlist?
.... iskkk... iskkk...
saya tak pernah lak buat wish2 list nih!
yang saya tau dalam kepala ada tersenarai beberapa item yg saya mesti beli & suami saya mampu bayar!!! heeeeeee......!
perkara pertama yg saya mesti beli adalah, kitchen utensils....
percaya tak??!! all these while, saya tak pernah beli segala sudip, senduk yg mahal... semuanya dlm range rm1.90 - rm4.90!!! betul, saya tak tipu! tu la.., bila dah murah sangat, boleh pakai pun dalam sebulan dua je lah.. so, this time around, saya nak beli yg elok sket..., ye lah, saya kan memang memasak hampir tiap2 hari, kira berbaloi lah kalau beli yg ada nama pun, kan! tak gitu! ohh.. lupa, saya gak kena beli can opener & peeler!

novel ni... the time traveller wife. pada mulanya di recommend oleh seorang adik manis ni, baca synopsis macam best.... then, dapat tau rupanya bulan October ni, movie based on this novel akan keluar... lagi lah rasa nak beli cepat2!


perfumes.... dah nazak dah perfume yg ada...
tak kisah lah beli brand apa pun... tp dlm kepala dok fikir daisy by marc jacobs...
tp.. my all time fav smell is, Eternity by CK... giler, saya ni cam old timer kan...! tapi saya rasa eternity tu it's really me!



saya nak new handphone.... bila hubby tanya semalam, saya kata tak kisah lah apa pun, janji cun! brand apa pun ok... tapi, saya teringin nak hp nih! amat cunnnnnnn!
doakan en asben membaca blog saya arini ye!


saya tengah gilakan tudung hajaba sekarang ni.... selesa, cantik dan rasa cam comel je bila saya pakai... (ada unsur2 perasan disitu!!!) kali ni nak kaler pink, light purple, cream....

wrist watch & sunnies.....
lama tak beli jam tangan..
jam terakhir yang saya beli ialah...... uikssss! saya tak ingat,... elle.. ke guess... memang ilang ingatan jap! mata tu tengah pregnant kan anak sulung kesayangan saya, adam dzarif! giler lamaaaa....! sekali lagi, brand tak kisah sangat...!
sunnies pun kena beli baru.... yang morgan tu, birthday pressie dr hubby last year.. so, kira kena up to date sikit lah ye! :p




eh eh.....
saya dah dapat satu entry laaa......!
heeeee.........!
ps- semua gambar (kecuali gambar anak2 saya) adalah hasil sumber google image. mintak halal ye..!

Tuesday, July 21, 2009

proud to be Malaysian

Dataran Merdeka / Bangunan Sultan Abdul Samad






ni pictures masa malam minggu hari tu... siang hari memang tak kemana2, lepas Maghrib baru keluar utk jalan2 cari pasal! mula2 stop kat Datan Merdeka, saje je bg adam enjoy lari2 atas padang tu.. dapat good 30minutes! anak2 happy, ketawa2... tapi sayang, gambar cuma 3 sebab battery flat! so, taknak la cerita apa yg dibeli, makan apa & kemana selepas itu.... tak best lah citer tanpa pictures! :p

ramai juga keluarga yg datang ber'picnic' kat sini.. siap ada yg bawak 'sia'! ada melayu, cina & india yg tersenyum2 bila kita melalui mereka.... (ada gak yg bertenet2!!!). bila tengok keadaan yg cantik & aman di bumi sendiri, bangga sungguh menjadi rakyat Malaysia!

ni pulak latest pictures anak bongsu kesayangan saya.... memang takde kena-mengena, tapi saje nak letak!

Monday, July 20, 2009

mesti beli....

4 buku yg mesti beli....

2 buku dari publisher favourite saya: jemari seni
boleh beli online starting on july 22, nak tunggu kat kedai lambat, by ogos baru ada!
mesti beli tau! saya recommend sangat2! gabungan 3 cerita dari 3 penulis hebat: syud, hlovate & kak su...
thanks kak su, i lap uuuuuu!!!

2 buku lagi hasil tulisan saudara Faisal Tehrani













ps- support our local novelist!

Friday, July 17, 2009

11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111

statistik perceraian '95 - '07 di Malaysia

kalau kita selak suratkhabar sehari dua ni... pasti kita perasan yg menjadi fokus utama ialah kisah penceraian 'seorang ustaz' dan isteri.. berita tersebut ternyata lagi menarik perhatian dari kekalahan BN di Manek Urai!
tapi, kita sebagai org luar tak boleh terus menyalah kan sesiapa.. masalah rumahtangga orang hanya mereka sendiri yg tahu.. apa yg kita mesti lakukan ialah ambik iktibar atas apa yg berlaku... kerana yg pasti kadar perceraian di Malaysia memang amat menakutkan! kian meningkat saban tahun! makin banyak masjid yg runtuh!...
YaAllah, jauhilah saya, saudaramara & rakan2 dari perkara buruk begini!
saya menonton rancangan terbitan TV3, Wanita Hari Ini dua-3 hari yg lalu, perantara WHI ada memberitahu bahawa antara punca utama masalah rumahtangga hingga membawa kepada perceraian adalah:
1. kewangan
2. seks
dan yang pastinya, kalau anda rakan2 saya ingin melihat statistik yg menakutkan ini, bolehlah melawat :
ni secara rumusan:
jumlah perceraian Islam di Malaysia
1995 - 11,474
1996 - 11,053
1997 - 11,777
1998 - 13,317
1999 - 13,155
2000 - 13,605
2001 - 13,278
2002 - 13,841
2003 - 15,544
2004 - 16,505
2005 - 17,749
2006 - 19,463
2007 - 20,529
"cerai adalah perkara halal yg paling tidak disukai Allah"...
jadi, balik lah kepada asal... pokok pangkal diri sendiri & letakkan agama di tempat pertama dlm menjalani hidup seharian.
namun, ada juga orang yg 'pandai' hal2 agama pun bercerai! heh....!
percaya kpd qado' & qada' Allah...
yg buruk itu datang dari kita, yg baik itu dari Dia...
sesungguhnya segala rahsia alam & langit adalah milik Dia....
wallah-hualam..........

ps- sekadar tanda ingatan untuk saya sendiri & pesan2 buat rakan2, bukan menuding kearah sesiapa...

Wednesday, July 15, 2009

sempoi ke malas?????

akak taknak jawab, korang pakat2 la jawab.....
ni menu dinner tadi...



mashed potato & brown sauce



mushroom soup & garlic bread


hotdog, accompanied by life chilli sauce, mustard & heinz sweet relish

udang lipan / udang ketak grilled
asyik tengok kat blog lily je, sampai terliur... seb baik masa parents dtg aritu diaorang bawak!
sedap!!!






TAG banci anak2....

tag ni datangnya dari honeylanz



1- Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
2 orang.. 1st boy, 2nd girl




2- Bila perancangan anda untuk menambah anak?
rasa cam dah cukup je quota... :)




3- Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
ADAM DZARIF : nama nabi, ikutan, taladan, kacak, bijak, periang
ARIANA DAMIA : yang cantik , bijaksana




4- Siapakah yang memberikan nama anak anda?
adam, mummy yg kasi... dzarif, daddy yg kasi (from books...)
ariana, daddy kasi.. ilham dr lagu 'my baby you.. then tengok meaning dlm islam bagus lak.., damia, dari buku & google.. tu pun sebab nk match kan huruf 'd' mcm abang dia.




5- Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
sendiri, buku & google...




6- Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
kalau boy, Aaron Dzarif.... klu girl takde idea lagi.... ye ye je...
tp dua cukup kot! :p




7- Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
beza abang & adik, 2 thn 3bln...




8- Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
rasa cam cukup dua, tp semua kuasa Allah kan.. klu dah ada tu, ingat nk boy la..




9- Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
saya & adam & ariana = kalau demam ke, tak sihat ke.. bawak je gi shopping ke, jalan2 ke mesti ok! tak yah susah2 jumpa doctor!





Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.








has.... akhirnya dah berjaya siap kan tag dr u!

since lamaaaaaa sgt kita peram tag ni, so kita tak tag sapa...







ps- ada lagi ke sesapa yg tag kita, tp kita terlepas pandang... inform kay!

nuffnang