nuffnang

Friday, June 5, 2009

Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.

PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.

''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September," katanya.



sumber: sini







note utk diri sendiri : siler cepat2 abiskan balance ganti puasa... ngeeeee!

6 comments:

Nurhayati said...

sekejap je masa skarang ni kan..tup tup nak puasa dah.. pasni masuk 2010 plak.. huhu

ha cepat habiskan ganti puasa tu.. ;)

Anonymous said...

has berazam by next monday buat pose ganti marathon..6 hari lagi ni..

linahilmin said...

lina - nurhayati,
cepat kan masa berjalan...
ingat isnin ni nak start marathon laaa.. :p

lina - honeylanz,
lina pun azam yg sama cam has..
tu la, padan muka utk diri sendiri, awal2 taknak ganti! heh!

watie wyyn said...

weols pun tak ganti lagi..ahaks!baru ganti separuh jerk last yr..lagi 3 ari tak ganti..ahaks!pelik tak nape tak ganti straight jerk..woohooo

linahilmin said...

lina - mummyyaeesh,
mari lah kiter sesama bermarathon ganti puasa yer!

mslvoe said...

raya thn nie hubby sha xdpt raya bsama sob sob sob

nuffnang