nuffnang

Monday, October 5, 2009

bukannya susah berbahasa indah & bermanis muka!

petang semalam kami meronda2 tanpa tau kemana....
sekadar bawak anak pusing2....
pusing punya pusing, punya pusing.....
sampailah area dengkil....
masa tu jam pun dah 7.10pm, so hubby stopped kat R&R Dengkil untuk bersolat Maghrib...
dah lepas solat, hubby ajak terus makan satay (samuri) kat situ....
dah duduk, hubby pun pergi order.....
dah order hubby dtg balik ke meja, nampak seorang pekerja disitu lalu bertanya dengan baik "dik, baby chair ada?"... dengan nada yg keras & tanpa memaling kan muka dia jawab, "saya baru kerja, tak tau apa itu baby baby chair!!!".... isk, kita tanya elok2, tau lah dia penat dok melayan macam2 kerenah orang yg datang, tp apa salahnya cakap naik2, klu ada cakap ada, kalau takde cakap takde... tu pun susah! isk isk isk....

selesai satu bab....
masa nak tunggu our satay, i nak pergi beli nasi ayam lak nak suap kan adam & ariana...
sampai je kat stall tu, ada sorang teenager yg beli 2 pinggan nasi ayam & 1 mangkuk soto..., adik tu terus hulur rm50... dengan muka yg masam & nada yg amat 'cold' "ni duit kecik takde ke?", adik tu jawab, "takde lah...", si peniaga terus je tarik dengan kasar duit tu dr tangan adik tu, camapk duit dlm his post machine, then cakap.. "nanti, datang balik amik duit!!!"... amboi, kot ye pun awak takde duit baki tak perlu lah menunjukkan perlakuan yg kasar & kesat camtu! terkulat2 je tengok muka adik tu...!

tak faham sungguh ngan manusia yg macam tu...
kita cakap elok2 dia lak lebih2....
kita datang beli dari dia (means bg rezeki utk dia), garangnya ngalahkan kita ni berhutang duit ngan dia lak!!!
sekadar cakap elok2, bukannya luak apa2..., lagi orang suka!
bukan mintak cakap bahasa bunga2 ala Nordin Ahmad pun!!!

i think Kementerian Pelajaran should masukkan semula subject 'SIVIK' di sekolah...
makin ramai orang yg dah hilang budi bahasa....!


sekarang pilih, apa yg kita nak orang kata pasal kita :-
(a) muka dah lah tak seberapa, perangai lak buruk... apa orang nak pandang!
(b) muka cantik, perangai buruk pun takde makna!
(c) tak kisah lah muka tak seberapa, janji perangai baik, budi bahasa elok!


tapi kalau dapat dengar orang cakap camni, pasti lagi best lah kan.....:-
(d) rupa cantik, perangai baik, budi bahasa bagus..... isk isk isk, memang leh wat menantu!



8 comments:

honeylanz said...

isk! cian lak dgn adik yg x de duit kecik tuh td. kasar2 mcm tu if dgn has tu dah menjawab dah.. nk meniaga x nak??

Intan @ mama ammar said...

salam,
subjek sivik mmg dah dimasukkan semual ke sekolah menengah sejak 2008. macamana, rasa2 ada perubahankah, dah 2 tahun ni.

Awin Roslin said...

kat melaka ni long, awin dah sangat2 terbiasa. most of them begitu. so, yeah, somehow i have to bear with it.:(

Diana (Mama Adam Mukhriz) said...

adehhh sabojelah bila berjumpa org cam gini

en_me said...

tak chantek takper, janji baik hati.. ekeke

Madam Lilly said...

Mmg kurang ajar la cam tu, like me yg keje berdepan ngan org ramai, mmg la menyampah bila ader kejadian mcm tu, sebab bila org dtg tpt kiter treat org dgn baik, tp kejadian tu jadi kat aku, confirm selamat jalan la, tak mkn kat situ pun x per

kucingorengemok said...

pilihan d tu saya la... (dengan nada konpiden abis, hehe)

masalahnya orang tak reti berbahasa ni, nanti angin dia jangkit kat kita, kan?

linahilmin said...

lina - honeylanz,
tu la mmg kesian, terkulat2 je muka!

lina - intan,
salam intan... ohhh dah ada ye? bagus!!!

lina - awin,
melaka... mula2 along stay sana pun rasa org melaka ni garang2!! huhu..

lina - diana,
a'ah d, sabar je la..!

lina - en_me,
betul kannnssss!

lina - madam lilly,
aku ngan hubby senyum je! maleh nk amek kisah!

lina - KOG,
ohhh, saya percaya!!! klu tak takkan la iparduai dok pakat2 bg kuih raya sorang sebalang, kan! :p

nuffnang