nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

OSIM uMist






uMist -The ultrasonic humidifier

The OSIM uMist uses ultrasonic technology to generate cool, fine mist that humidifies your room more effectively, preventing dryness in the air.

The uMist also produces negative ions that remove dust and other suspended impurities to improve air quality. With a large capacity water tank that enables 14 hours of continuous usage on 1 full tank, 2 emission speeds, and a safety feature that switches off the humidifier when the water tank is empty, the uMist is the ideal humidifier for every home and office.







*ini bukan iklan berbayar ye, tuan punya blog yg baru beli ni*

Soal Asyraf


ni dia Juara Imam Muda, Astro Oasis
Haji Asyraf
Pernah tonton rancangan ni?
Personally, saya suka sangat!
Topik2 semasa, ada sketsa, disertakan dengan huraian yg mudah hadam dan faham dan juga nasihat lemah lembut yg boleh buat orang semua suka dengar!
baguslah Astro wujudkan channel Oasis ni, food for soul kinda.. takkan asek makan untuk perut je kan, kenalah juga isi minta, jiwa dengan perkara2 baik yg diberkati Allah.
for those yg nak tengok:
rancangan - Soal Asyraf
channel - Astro Oasis (astro 106)
masa & hari - Selasa, 7.30pm
*ulangan pun ada, nanti masing2 check eh..
:)


Monday, November 29, 2010

tragis!

Mayat Dalam Almari : Tertuduh Buat Hubungan Seks Dengan Kekasih Depan Almari

SHAH ALAM : Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.

Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.

Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.

Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang.

Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.

Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang.
Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.

Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap.

“Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.

Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.

Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.
Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan.

Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT).

“Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.
“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina.
“Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.

Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh.
“Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.
“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang.
“Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.

Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu.

“Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.

Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terkahir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung 13 Januari depan.

sumber : http://mstar.com.my







*inilah yg terjadi bila syaitan dan nafsu mengatasi iman, akal & hati*

takziah & Al-Fatihah

dua-dua pun lawaaaaaa & gagah perkasa :p

cantik kan!

mana satu korang berkenan?


Voltswagen Toureg


Volvo CX90
ehhh, jangan kata i menunjuk-nunjuk tau.... bukan i beli pun!
berkenan jek!
style eh..!

Healthy breakfast on Sunday morning


*smoked chicken breast with cheese sandwich & salad*
ohhhh..., takde lah niat nak menunjuk-nunjuk picture sandwich ni, ala, haruslah korang semua cakap, sandwich pun mau tayang ka?????



ehhh, haruslah tak, niat nyer nak tunjuk & bagitau yg i baru beli benda ni:




TEFAL sandwich maker.
Harvey Norman ada sale u'olssss!
murah je nih!
:p

Sunday, November 28, 2010

Tartan's Attack!

"Tartan is a pattern consisting of criss-crossed horizontal and vertical bands in multiple colours. Tartans originated in woven wool, but now they are made in many other materials. Tartan is particularly associated with Scotland. Scottish kilts almost always have tartan patterns. (Tartan is also known as plaid in North America, but in Scotland, a plaid is a tartan cloth slung over the shoulder or a blanket.)
Tartan is made with alternating bands of coloured (pre-dyed) threads woven as both
warp and weft at right angles to each other. The weft is woven in a simple twill, two over - two under the warp, advancing one thread each pass. This forms visible diagonal lines where different colours cross, which give the appearance of new colours blended from the original ones. The resulting blocks of colour repeat vertically and horizontally in a distinctive pattern of squares and lines known as a sett."


musim agaknya, mana2 dah ada tartan pattern at their product.

Coach




MAC Cosmetics


Ralph Lauren

NIKE




Lacoste


PUMA








# ni kira fesyen 60's yg kembali popular!
Pernah tengok citer Arwahyarham Tan Sri P Ramlee?
Ingat siapa samseng kampung dusun?
sah2 masing2 pakai shirt baju kotak2 lengan pendek yg dilipat serta scarf yg diikat ditengkuk?
kan tartan tu?
kira tartan ni, phenomenal la jugak, timeless la senang citer!





Saturday, November 27, 2010

Popular's Sale

photo

semenjak Popular wat sale, dah 2 kali kesana. (rujuk gambar) 2 buku diatas belian last week - dah abis baca dah pun & 3 dibawah belian harini. Tapi hubbylah yg paling byk borong management books! tak sabar nk habiskan yg 3 ni, boleh lah pegi lagi! :)

Friday, November 26, 2010

Coach Carryall; my all time favourite pattern from Coach

Kalau sebut tentang Coach, ni carryall yg selalu jadi idaman hati i.
For me, i rasa pattern ni sangat classic.
Rasa sangat classy and elegant too.
Its a handcarry bag, dan pastinya akan buat kita bertambah anggun terutama kalau ke majlis seperti kenduri kahwin! (kata cuti sekolah kan, inilah antara agenda utama! :p)
Coach Carryall juga antara pilihan i bila mula2 i beli Coach.... dan pastinya, andai i beli lagi Coach, haruslah Carryall juga yg bakal i pilih.





lawa2 kan!




dan ini latest from Coach yg juga buat hati i berdebar2!
lawa la sangat!

picture courtesy of : http://bellaladystore.blogspot.com/
sila pakat2 order ye!



My Ultimate Wish List

Sesudah bersalin (Insyaallah, mid-March) saya mahu kembali SLIM!
Seriously.















oleh itu i sertakan gambar penyanyi / pelakon fav i, yg body nya sangat lahhhhhhhh menawan!
mahu juga secantik ini!
:P
harap2 tercapai lah kali ni ye...
Amin!



Thursday, November 25, 2010

Siri Makan : Bibiwok, Bandar Puteri, Puchong

Situated at Bandar Peteri, Puchong.
Kalau korang semua tau, KPMC Puchong, kedai ni di lorong yang sama.
Ada dua tingkat, bahagian bawah menyajikan makanan Nyonya & Fusion manakala ditingkat 1, ada thai steamboat.

Disediakan secara buffet, tapi jangan terkejut lak, kalau tak nampak sebarang buffet spread disediakan...
caranya begini;


ada menu seperti gambar dibawah.. ambil pensel & kertas yg disediakan, tulis apa yg korang pilih, then pass kat waiter yg menanti... once dah habis semua korang masak & makan... tulis lagi dan pass lagi.... begitulah prosesnya sampai kenyang!




ini contoh sebahagian dr yg saya order.....





ini sedang dibakar, sedap tau... ada bau daun pisang!
hot plate untuk membakar & ada pilihan sup atau tomyam untuk merebus.
saya pilih sup; haruslah kan dah ada anak kecil... tapi, rasanya memang sedap!




dah hampir masak!
Bismillah.....
nyummmm!




eh.... ada maggi juga!





disebabkan takde orang, nampak apa hero & heroin saya tengah buat?
tolong susun pillow!
Ada dua setting pilihan, boleh duduk atas kerusi macam biasa, atau pun macam gambar ni, duduk & hulur kaki bawah meja.. saya rasa lagi selesa macam ni lah!

Siri Hotel : Empire Hotel, Subang

this is our once a month short gateway.
tak dapat bawak anak pegi jauh, dpt pegi check-in kat mana2 hotel area KL/Selangor pun dah ok, as long as diaorang rasa macam bercuti.

ni hotel yg baru dibuka di area Subang Jaya.
attach to Empire Shopping Gallery.





this exactly rupaa bilik yg kitaorang ambil. sorry, tak ambil sebarang picture bilik sebab masa sampai hp takde battery & lepas dah charge semua, bilik pun dah tunggang langgang. Overall, ok la... ada king size bed, ada small dining table.... masih selesa untuk anak2 berlari2! very modern & minimais concept.



pujaan hati i yg tengah menunggu daddy register utk check-in

Empire Hotel ni menggunakan IPTV, sangat canggih. All-in-1, semua main tekan je. ada movie, tv channels, radio, internet (ask wireless keyboard from customer service counter!), games... even room service pun boleh terus request from here!

ni contohnya, i tengah order our lunch dengan IPTV.

Foods semua ok, sedap! harga pun ok, standard harga makan kat hotel lah. tp kira puas hati juga.. kecuali, fruits platter; yg ni i rasa mahal... rm16 utk fruits yg sangat sedikit!

untuk dinner, we decide untuk turun take-away dr mall..
my girl at The Teh Tarik Place!

next morning, turun utk buffet breakfast... and i truly love it. Alhamdulillah, foods spread banyak & rasa juga sedap!
my plate; yg 1st...
:)
lepas dah makan sampai nak pecah perut, terus buat sesi jalan2 dlm shopping mall, best gila! nk shopping pun best, since orang tak ramai lagi...
dan ini hasilnya!
:p
abang & adik icecream's session!

lama rasanya blog ni takde gambar sebanyak ini kan!
:)





Wednesday, November 24, 2010

Mag InTrend Disember - Si Cantik Manis Fazura




She's sooooooo pretty!
Sangat stunning kan in her Oh! my Gucci cocktail dress!

Jom ramai2 beli magazine ni okeh!
ehhhhh, klu bukan sebab covernya Fazura pun, isi dalam InTrend selalunya tak pernah mengecewakan.








ehsan : http://murai.com.my

Tuesday, November 23, 2010

saya mahu ini : Estee Lauder & Coach Holiday 2010 Makeup Gift

Estee Lauder & Coach Holiday 2010 Makeup Gift







Estee Lauder's new holiday gift sets are offered in a cute Limited Edition Coach makeup bag. They are available in 3 colors: gold, silver, and bright red.


Each set includes the following products:

Star Waterfront Perfect Palette
Pure Color Crystal Lipstick – Compact Edition
Pure Color Crystal Lip Gloss – Compact Edition
Creative Professional Eye liner Pen – Compact Edition
Professional Retractable Powder BrushProfessional Telescopic Eye Shadow Brush
Coach makeup bag – Limited Edition



*buy any Estee Lauder products worth RM200 and you can buy all this at only rm180!!!so, in total you only pay rm380!

it so worth it kan!

nak nak nak jugak!

LV Neverfull GM Monogram





Alhamdulillah, dah berada dlm genggaman, cuma belum dirasmikan je lagi.
Beli di KLCC, Ahad lepas.
i bought yg GM size, (the biggest), senangkan.. alang2 nk buat bag lenjan biarlah boleh sumbat segala aneka!
since beli yg paling besar, maka kotaknya pun besar, jenuh jugalah menjnjing dalam KLCC tu... tapi, demi NF rela je! :)
dan untuk menunjukkan betapa besarnya, paper bag tu, ni dia pic my darling girl duduk melepak dlm paperbag Louis Vuitton!

peace ya!!!!
ps- ada 'orang tu' bought himself Prada bagpack, but since this is my blog.. tak yah lah letak pic bag 'orang tu' kan! ngeeeeeeee!

14 lagu ke Juara Lagu 2010

1. Faizal Tahir - Hanyut
2. Shahir - Kebahagian dan Perpisahan
3. Hafiz - Noktah cinta
4. Meet Uncle Hussain - DramaKing
5. Adira - Ku Ada Kamu
6. Yuna - Cinta Sempurna
7. A.P.I - Pelita
8. Tomok - Berlari
9. Black - Sofea Jane
10.Hujan - Mencari Konklusi
11.Faizal Tahir - Selamat Malam
12.BunkFace - Extravaganza
13.Stacy - Jahat
14. Ana Rafali - Tolong Ingatkan aku

dan dibawah ini adalah pilihan saya:-
tomok - berlari

bunkface - ekstravaganza



hujan - mencari konklusi

adira - ku ada kamu

black - sofea jane



yuna - cinta sempurna
black & meet uncle hussain - drama king
faizal tahir - selamat malam
Anugerah Juara Lagu 2010 bakal ditayangkan pada 9 Januari 2011 di TV3.

nuffnang