masih ingat dengan wira negara sorang ni tak? Mr Foo Kok Keong. Semangat juang nya sangat tinggi. Tak pernah mengalah dengan mudah. Betul2 berjiwa semangat sukan yang tinggi. Setakat tergolek, terpeleot beliau pasti bangun kembali dengan gagah untuk terus memenuhi misi untuk menang dalam setiap perlawanan; tapi adat permainan & pertandingan, pasti ada yg kalah dah menang. Namun, saya pasti tiada sesiapa yg menyalah kan Foo Kok keong andaikata dia kalah dalam sesuatu pertandingan, sebab kita semua nampak dia main dengan bersungguh-sungguh. Tiada ejekan, di'boo' jauh sekali! Beliau sentiasa disanjung walau kalah, walau menang! kerana apa, kerana mutu permainan yg sentiasa tinggi. kalau sudah berusaha tapi kalah juga, takde sape lah nak marah!
saya rasa, ini bukan untuk Mohd Fairuzizuan saja, malah kita juga. Andaikata kita sudah berusaha sebaik mungkin, tapi kemenangan bukan dipihak kita, kita harus redha. Dan masyarakat juga takkan mengata andai apa yg kita nampak memuaskan hati.
Foo Kok Keong, dulu & sekarang
tiba2 akak lak yg emo kan! yg pastinya, masa perlawanan suku akhir menentang denmark tempat beliau digantikan dengan Thien How Hoon untuk berpasangan ngan Zakry abdul latif. Ok je, walau pun diaorang kalah, takde lah pulak orang nak mengejek pun, sebab dah main bagus!
ps - mamat fairuzizuan ni orang taiping tau! malu akak dek non nAk ngaku orang tpt sendiri tau!
pss - tak sabar nak tengok Malaysia lawan China.
Majulah Sukan untuk Negara
MALAYSIA BOLEH
No comments:
Post a Comment