nuffnang

Thursday, July 15, 2010

2 buku = 2 hari (back to back!!!)

OK... reading mood dah kembali!
yeay!

itulah kan, kalau jumpa buku yg best, dlm masa beberapa jam pun boleh habis. tak kisah lah dlm bahasa malaysia ataupun english.. sebab last week, i finished this book pun 1 hari jugak!
itulah yg jadi kat dua2 buku...
dua hari berturut, dok berulit dengan buku...
dan hasilnya; worth reading!





SEIKAT KEMBANG MERAH
IMAEN
JEMARI SENI

Ketika aku melangkah keluar, ada yang tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sebagai gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya – Nur Tahani gadis bertudung labuh.

Aku memang telah jatuh cinta pada dia. ‘Bidadari’, versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dengan orang beriman.

Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahir dalam gedung Gucci seperti Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dengan lelaki kategori ‘arreviste-hooray henry’. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!

Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kepada cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?

Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa-apa lagi untuk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.


kata saya : ada ilmu, falsafah serta gaya ending yg sangat menarik dan interesting sekali!













UNTUK AWAK TEJA AULIA
SYUD
JEMARI SENI

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya...
tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa Frown

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.



kata saya : saya peminat hasil tulisan Syud, sangat bersahaja & segar! errr..... rasa muda juga! :p







2 comments:

honeylanz said...

bila mood membaca nk dtg balik nih...btw..Has ada buku nk let go..nnt update sales blog ;)

Hezesuze said...

aduaaiiii rajin nye lina membaca....huhu

nuffnang