nuffnang

Wednesday, September 24, 2008

tagging game

i've been tagged by babyelle aka mamawafi :



The Rules : Link to your tagger and post these rules on your blog. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let then know they are tagged by leaving a comment on their blog.



how do i descrribe myself ya... ermmm;



1. penyayang
amat sangat! i loves most people around me.. families, hubby & my 'kids' & friends... sampai skrg i called my parents everyday without fail.. hubby & kids tak payah cakaplah.. always dulukan diaorang.. dgn all of my friends pun sama.., risau je kalau dengar diaorang ada prob ke, sakit ke..



2. workoholic
saya 'gila' kerja.. serious.. pernah keje 24-7 for 3 month without cuti.. ada rekod ditempat keje yg saya tak pernah apply for annual leave, apa lagi mc! but, after marriage hubby minta stay kat umah, jd housewife.. mula2 memang buntu, but bila dah ada adam, mmg worth tengok anak membesar depan mata..



3. suka membaca
i can read almost any reading materials! kalau newspaper, i'll make sure i read it from page 1 till sports news.. ye, including those berita saham, klassified... semua yg dlm newspaper lah! beli nasi lemak ke / apa2 yg dibungkus pun saya akan baca gak tulisan kat wrapper tu. novel tak yah citer, everymonth at least i'll bought 2 novels.. then 5-6 magazines lagi.. best.. best.. (kalau ada sesapa yg next time nk bg present, anda dah tau apa yg diberi.. he he..)



4. sensitive
byrite, lets call it super sensitive! tengok news bout orang2 susah ke, budak2 sakit ke, anak2 yatim ke, ibu tunggal, bapa tunggal, orang kat umah orang tua2 ke.. airmata mudah je mengalir. masalahnya, baca news yg orang lain happy pun (eg: orang susah tp anak2 berjaya masuk u.. keje besar..), pun sama gak! terharu je.. belum citer tengok tv/ drama / movies lagi.. baca novel.. ingat lagi watched this 'thai movie', "love letters".. (kalau x salah la..) kat one of astro channel, leh nanges2 cam nak pengsan! hubby kat sebelah dok gelakkan je.. iskk.. yg tahan tu, dah ulang tengok 3-4 kali pun still leh nanis lagi! pada lama yg tak nangis, baca lah novel ni, "lili buat najah - nazurah aishah" & "ps, i love u - cecelia ahern".. dah ulang berpuluh kali pun still nangis sampai basah2 bantal! my 'sensitivity' ni termasuklah suka merajuk (ngan hubby la..), tp i'm the one yg senang pujuk.. x yah berbouquet of flowers, present memahal pun... within few minutes dah leh senyum cam biasa..



5. tak suka haiwan
'tak suka' here doesn't means saya pembuli binatang ye.. tak pernah la dlm sejarah hidup saya sepak2 binatang! tak suka makananya, tak nak bela.. tak reti nak pegang2 kucing ke, rabbit ke, hamster ke.. apa2 sajalah.. setakat tengok je.. my lil adam suka binatang, tak takut pun nak main2 ngan cats, rabbit.. nampak sangat ikut daddy nyer!



6. friendly
peramah, senang berbual, mudah tersenyum... so, kalau jumpa silalah tegur! i can 'talk' to anyone.. tukang cuci, orang keje kedai makan, executives, ceo's, makcik pakcik... semua leh masuk! good pr skills, among my strongest point masa zaman nak cari kerja dulu2.. Alhamdulillah, saya amat mudah dapat keje.. tak pernah lah ngangur!



7. 'kerastangan'
yg ni memang tak skill.. plus x minat! tak reti / tak suka menjahit (ingat lg masa for 3 kena jahit beg utk subject KH, saya send it to tailor shop.. rm5 anty tu amik upah! he he...). tak pandai bab gubah2 bunga... tak pandai bab sulam-menyulam, tak pandai mengait.. sulam pangkah (cross-stich) pandai lah.. i bet that one semua org pun pandai! tak pandai tanam pokok! takde langsung 'green finger'.. org kata tanam pokok betik, senang je, main tabur2 pun leh tumbuh.. itupun saya tanam tak menjadi! haisssh!


yeay.. finally i made it!
i dont think i'll tag anyone since everybody is in their 'raya mood'.. but, if anyone happen to read this & feel like doing it, amatlah dialu2 kan...

No comments:

nuffnang