nuffnang

Saturday, March 31, 2012

'dia'

jarang bercerita tentang dia disini... ada pun sekadar menyelit sedikit cuma..

saya sayang dia. cinta dia sangat. kadangkala hati kesian bila melihat dia seakan tak cukup masa; berlari berkejar sana dan sini. tidur yang tak pernah cukup, rehat yang tak pernah panjang demi rezeki. itu harga yg dia perlu bayar dan korban untuk keselesaan anak dan isteri. demi Allah, saya antara insan bertuah bila Allah tetapkan jodoh saya dengan dia. dia yang baik hati. dia yang cuba kotakan setiap apa yang dia kata. dia yang sentiasa letakkan saya dan anak lebih dari dirinya sendiri. moga Allah sentiasa beri dia kesihatan yang baik. moga Allah berkatkan segala usaha dia. moga Allah sentiasa tetapkan iman dan hati dia. moga Allah murahkan rezeki dia. moga Allah lindungi dia dari segala perkara buruk dan umpat keji. moga Allah pelihara dia dari sebarang aib dan sesusahan.

Terima kasih Allah......., untuk dia.









~isterimu~








- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

amin........ semoaga segala usaha dipermudahkan .. demi rezeki halal utk kelaurga ;-)

Has said...

Amin...

nuffnang