nuffnang

Friday, June 17, 2011

selepas berakhirnya Nora Elena / Kasih Yang Suci

.... ada a few dramas & movie yg bakal ditayagkan yg juga based on novel...





either the cerita itu best atau tak.. sebagai peminat tegar novel, buku2 nya wajiblah dibeli... sebab mesti ada reason (buku tu memang best) sebab tu producers sanggup melabur utk jadikan drama / movie, kan!




here the line ups:



1- Dewa Cintaku

novel : Dilla Hussein

drama : Fasha Sandha / Iqram Dinzly


novel ni dah sangat lama... i ada, but im not sure still ada dlm simpanan atau tak.. (maybe kat my parents house rasanya).. ingat lagi masa beli novel ni, disertakan satu cd tapi i rasa i tak pernah dengar pun lagu2 dalam tu! lol! dan isi cerita novel ni pun i dah tak ingat bagaimana!

ps- cerita ini bakal menggantikan slot cerita yg menjadi bualan ramai Nora Elena





2- Stanza Cinta

Novel : Nurull Halawati

Drama : Aaron Aziz (ehemmm :p) / Nur Fathia / Fizz Fairuz


sinopsis
Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus.Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya.Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?






3- Ombak Rindu

Novel : Fauziah Ashari

Filem : Aaron Aziz (ehemmm.. sekali lagi :p) / Lisa Surihani / Maya Karin


sinopsis

OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?












disclaimer : semua gambar adalah dari google. andai ianya kepunyaan sesiapa minta halal ye! TQ.







1 comment:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

NE mmg buat jiwa terbuai buai...Dewa Cintaku n Stanza Cinta x pernah baca lg novel nye..tp ombak rindu mmg best!! cant wait!!

nuffnang