nuffnang

Monday, August 10, 2009

saturday @ subang parade

holla friendssss!

wah, akibat lama tak berblog (lama kerrrr????) terus blur taktau nak start macammn...

ni citer last saturday (kelmarin la kiranya), petang around 2pm baru keluar rumah, teman hubby ada hal kat pj.. then terus gi subang parade (sabtu minggu sebelummnya pun pegi sbg parade & ahad ke aeon bkt tinggi edisi jalan2 cari pasal!), dari rumah mmg dah berniat, kalau gi subang parade nanti just nak pegi bayar celcom hp bill & makan je..... tup tup.... dengan pumpkin patch utk anak la..., ngan office wear bapa kepada anak2 la..., himalaya vitamins la..., ada lagi tapi tak ingat dah!

makan kat yanti sate rasa thai.... (satu lagi masalah, tak ingat nama kedai ni, ala kt LG floor, keluar from tepi famous amos tu...

since gambar2 barangan shopping malas nak snap, tengok gambar2 food je lah ye....


appertizer...
chicken satay 10cucuk, sedap lah gravy dia!



fried koay teow with gravy.... sedap nih, byk adam makan!



hubby makan ni, thai's fried rice



buttered prawn yg agak manis...!



seafood tomyam yg power!



not bad makan kat sini, price pun ok... reasonable lah!



hero kesayangan saya.... minum milo



hero kesayangan saya lagi....
adam dzarif ngan kotak big appple donut yg ada 2 pcs semi glazed donuts...


itu saja citer hari sabtu...
hari ahad duduk rumah je, tak kemana2...

tata....

Friday, August 7, 2009

hi kawan2 pembaca blog!

dah few days since my last update... bukan taknak tulis entry baru but internet 3g asek sangkut je! midnite cenggini baru nak ok sket, tu pun kadang2 tak ok gak! urghhhhhh! :(

ok... hopefully, within sehari dua ni oklah line ni!

sampai jumpa lagi!

Friday, July 31, 2009

hari malas saya! ngeeeeeee!

betul ni... tak tipu!
saya betul2 malas nak masak, basuh kain, lipat kain, basuh pinggan.....

dah pukul 1.57pm saya hanya :
-berjalan2 diblog kawan2
-baca online newspaper
-baca gosip2 artis!
-main dengan anak2
-berfacebook
-baca Al-mathurat......

sapa yg rajin2 tu, silalah tiup angin rajin anda untuk saya disini!

Thursday, July 30, 2009

2 novel sarat ilmu

1. Bohemian - Imaen

bohemian ni dah jadi one of my all time fav books! berulang kali baca, tetap suka, tetap kagum. Suka dengan plot cerita yg lancar, suka dengan ilmu2 yg dikongsi, suka dgn falsafah2 imaen yg menarik & suka dengan nasihat yg penuh hemah. Bila kehabisan stok bacaan baru, pasti bohemian antara yg menjadi pilihan utk diulang baca. dan sehingga kini, saya masih sukakan fadlan! oppssss, watak utama dalam bohemian.




2. Bintang- bintang ke Syurga - Xarine

untuk penulis yg pertama kali menulis novel, saya ingin kasi 2 thumb-ups! cerita yg bagus disulami dengan hadis & ayat dari potongan Al-Quran. membaca buku ini seolah2 mendengar cerita ataupun menonton tv... watak2 nya bagaikan hidup! pada sesiapa yg inginkan motivasi & inspirasi, buku ini adalah antara bacaan yg wajib baca!





entry ini & ini saya namakan : support our local novelist!
disamping taktau nk blog pasal apa!!! gulp!

pelangi : syud, hlovate, noor suraya

3 kisah hebat yg dihimpukan dalam 1 naskah

3 karya penulis yang amat berbaloi untuk dimiliki

1. Pelangi - syud

-bagi pengikut setia blog syud, pasti sudah mengenali Usamah & Iman. Jodoh yg diatur, perkenalan yg bahagia hinggalah tragis yg menimpa, semuanya ada! saya suka hasil kerja syud, oleh itu saya amat suka dengan pelangi... jangan lupa baca novel tulisan syud yg terdahulu yg juga semestinya best; tentang dia & tas merah jambu (dalam koleksi kebun mimpi - kedua2nya dari jemari seni publishing).

-tak sabar menunggu novel syud yg seterusnya, untuk awak...teja aulia! mesti best giler!

2. Ked's Story - hlovate

-sebagai seorang kipas-nak-mati karya2 hlovate, saya taknak cakap banyak... nanti ada yg kata saya ni biased! tapi memang best pun! walaupun dah berulang kali baca e-novel ked's story ni, masih lagi tak jemu. mengimbau zaman remaja sambil mengambil ilmu yg ada... kisah cinta yg indah antara ked & nawal... saya juga recommend kawan2 yg meminati novel melayu untuk dapat semua karya hlovate; 5 tahun 5 bulan, schubert's serenade (dlm koleksi gurindam jiwa), Aa+Bb, Tunas & Rooftop Rant.. semuanya pasti akan buat anda rasa berbaloi!

-novel hlovate akan datang, versus!!! jemariseni, cepat2 keluarkan ye!!! :p

3. Rumah Kecil Di Ujung Padang - Noor Suraya

-saya suka citer ni sangat2! lenggok bahasa kak su yg best, ada kelakar, ada sinis, ada sedih...! berlatar belakangkan Pulau Dung, Terengganu & Bandung, Indonesia.. karya terbaru dari Kak Su ni mengancam habis! ohh lupa, pada siapa2 yg rindukan alang muzammil mesti beli buku ni sebab ada terselit sedikit kisah alang & nuha... (rindu pada alang!)... karya2 terdahulu kak su dari jemari seni; kebun mimpi (dlm koleksi kebun mimpi), hati andriana (dlm koleksi gurindam jiwa), panggil aku dahlia & surat ungu untuk nuha.

-tak sabar tunggu jaja, din; novel yg bakal terbit (kalau tak sabar October nanti) dari kak su! i lap u, kak su!

http://jemariseni.com/.

Tuesday, July 28, 2009

7 perkara JANGAN dilakukan selepas makan

1. makan buah
- makan buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air, Justeru , lebih baik makan buah satu jam sebelum atau selepas makan.
2. minum teh
- asid yg terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein dalam makanan yg telah dimakan akan mengeras. Seterusnya, makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Jadi, disarankan minum air putih saja.
3. mandi
- sekiranya mandi selepas maka. ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumpah darah dikawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut.
4. banyak berjalan
- banyak berjalan selepas makan boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yg telah dimakan
5. tidur
- tidur selepas makan boleh membahayakan sistem pencernaan. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. justeru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya satu atau dua jam.
6. merokok
- berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain!
7. bersenam
- jangan sesekali melakukan aktiviti senaman atau riadah lain selepas makan. ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan perut yg penuh!
: pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh saya; tuan punya blog yg selalu buat perkara no 1,2,3 & 5!!!!!
huh!
-info dr majalah harmoni
-gambar2 sumber google



Monday, July 27, 2009

Al-Fatihah : Yasmin Ahmad

kind of citer dah basi...
dah hari ni baru berkesempatan....

Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad dan takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah.....

saya menonton sepet buat pertama kalinya bersama seorang kawan (husband saya lah sekarang ni!!!) di klcc... kagum, bangga dan terpegun kerana tak sangka ada karya orang Malaysia yg bagus begini... cerita yg boleh buat kita ketawa & menangis tersedu2 tanpa rasa malu dalam hall cinema tu.. sebabnya, orang lain juga sama. saya menonton (kalau tak salah) dlm pukul 8 camtu... habis tu, terus berjumpa dengan rakan2 sidia dan mengajak mereka menonton lagi! kami pergi beramai2 (6 orang rasanya)... (termasuk lah adik hensem ni) untuk menonton midnight... masih punya feeling yg sama... habis cerita penonton bertepuk tangan & bersorak... memerhati keseluruh hall; rupanya2 Yasmin Ahmad berjaya menyatukan rakyat Malaysia dalam Sepet... dalam suara ramai yg bersorak riang tu, ada melayu, cina & india! bangga! kalau anda pernah menonton Sept, pasti ada perasan yg masa scene jason pass his hp's no to orkid, & orkid tengok kat small piece of paper tu... kami sempat menghafal no hp tersebut & called.. amat tak sangka rupa2nya it's Yasmin Ahmad's number! best giler, dapat berborak macam kawan sendiri je!

Yasmin Ahmad & Sepet adalah kenangan saya tersendiri bersama husband......
Tiada lagi selepas ini, iklan2 Petronas yg menyentuh perasaan hasil tangan beliau...
Tiada lagi movie2 indah karya beliau....
kerana Allah lebih sayangkan beliau...

Yasmin Ahmad,
moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman....
amin....

ps- dr Dia kita datang & kepadaNya juga kita dikembalikan.....

nuffnang