Ada Apa dengan Pingu Toha? (ini yang saya curi dari laman rasmi JS) :p Pingu Toha, lahirnya pada 7 Mac. Duduknya di Kutub Pingu. Dia suka menulis. Dia suka membaca. Dia suka mendengar cerita. Dia suka bercerita. Dia punya banyak cerita. Jadi dia menulis... Untuk mencari Lana. Tapi dia bukan Uthman Huzir – tolong! Sebab dia Pingu Toha. Mengapa Pingu? Kawan yang panggil dia begitu sebab cara dia berjalan. Entahlah.... Mengapa menulis? Sebab kalau bercerita secara lisan, dia gagap! Atau ceritanya jadi berbelit-belit. Selalu kawan akan kata, “Can you just get straight to the point?” Mungkin juga sebab cara dia bercerita – orang jadi tak faham. Macam Pingu! They understand him, but they don’t get him. Jadi dia menulis. Dan kalau menulis, dia mesti pakai laptop. Kalau dia menulis tangan, sudahnya dia melukis. Sambil itu, dia akan menyanyi. Menulis pun lambat-lambat. Dan dia akan berdrama dengan apa saja yang ditulisnya. Multitasker, kononnya! Jadi kalau menulis, dia mahu menulis saja. Tapi kalau boleh, dia mahu buat semua. Dia pernah melukis sampai peringkat kebangsaan. Dia pernah jadi pelakon, main di pentas dan televisyen. Pernah juga jadi penyanyi, walaupun vokal latar saja ala-ala Dreamgirls! Dan sekarang dia jadi penulis pula. L.U.V.E ialah novel pertamanya. Dan dia punya banyak cerita lagi. Dia juga ada menulis di http://pingupunyakhutub.blogspot.com. Selepas ini, dia mahu jadi pelakon semula. Talk about being over ambitious! baru selesai membaca karya pertama dari Pingu Toha - L.U.V.E (terbitan jemari seni). saya suka! ralit betul membaca kisah cinta uth, lana, vee, elina yang disulam dengan falsafah cinta ala Pingu Toha!
yang pastinya saya akan beli karya Pingu Toha yg kedua ini juga - 1 4 3 menurut sinopsis ada sambungan kisah dari LUVE...
dalam TINTA ini juga ada hasil tulisan Pingu Toha, saya akan baca ini malam ini :) Tinta - (Ada & Evan - Pingu Toha)
happy reading & selamat mencari erti cinta! :)
1 comment:
Hai,
Karya Pingu Toha mmg best kan.. =)
Post a Comment