nuffnang

Thursday, February 10, 2011

agak2 ada yg frust tak? ahakssss....




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




CONGRATULATIONSSSSSSSS TOMOK



8 FEB 2011: Nampaknya, gosip yang mengatakan bahawa vokalis New Boyz, Shah Idrawan atau Tomok, 26, bakal mengakhiri zaman bujang bukanlah gosip atau khabar angin semata-mata. Sebaliknya, Murai Batu baru saja menerima undangan untuk menghadiri majlis pernikahannya.
Dalam kiriman undangan itu, Murai Batu diberitahu Tomok bakal bernikah dengan seorang pramugari MAS ( Syarikat Penerbangan Malaysia ) yang bernama Rahayu Abbas.

Murai Batu difahamkan Rahayu sudah pun berumur 32 tahun dan sebaya dengan umur kakak Tomok sendiri iaitu Isma AF7.

Murai Batu turut dimaklumkan, Tomok sebenarnya sudah lama mengenali Rahayu iaitu sejak Tomok mencipta nama sebagai penyanyi dengan kumpulan New Boyz.

Menurut sumber, Tomok bakal bernikah pada 1 Julai 2011 di rumah keluarga Rahayu iaitu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Pun begitu, waktu majlis nikah diadakan masih belum diketahui.
Apa yang nyata, majlis persandingan pihak pengantin perempuan pada keesokkan harinya iaitu pada 2 Julai 2011. Berkemungkinan besar, majlis ini akan diadakan pada sebelah petang hingga ke malam.

Difahamkan, untuk majlis persandingan di sebelah pihak Tomok pula, ianya akan diadakan pada 6 Julai 2011.Tomok dan keluarganya telah bersepakat untuk memilih tarikh ini. Pada majlis persandingan ini, Tomok akan menjemput rakan wartawan dan golongan VIP untuk menghadirkan diri ke persandingan itu.

Istimewa buat peminatnya pula, Murai Batu dapat tahu, Tomok akan mengadakan majlis resepsi khas untuk peminat pada 9 Julai 2011.

Bagaimanapun, Murai Batu dimaklumkan tempat untuk mengadakan majlis ini masih belum dipilih kerana kedua-dua pihak masih lagi membincangkannya.
Sumber turut memberitahu, dalam tempoh menunggu majlis pernikahan itu, Tomok tidak akan bertunang dengan Rahayu.

Yang penting, Murai Batu doakan Tomok bahagia menempuh liku-liku perjalanan untuk bergelar suami orang. Melihat dari pengamatan Murai Batu, Aidilfitri 2011 adalah raya pertama Tomok sebagai ketua keluarga.

sumber;
http://murai.com.my








moga segala urusan dipermudahkan, semoga niat baik ni sentiasa dirahmati Allah
Amin.

5 comments:

Zaila Mohamad said...

wah, bezanya umur antara pengantin laki & pompuan!!

reena said...

x frust pong! hahah :p

Madam Sooyaree said...

Takpaa... semoga berbahagia Tomok!

Hezesuze said...

adehhhh awat umur jauh beza beno...dah jodoh kan!! huhu

tak jeles pong sbb xbape minat sgt kt tomok ni ahaksssss...

linahilmin said...

zaila, 5 tahun tu, takpe, dah tertulis jodoh cenggitu! :)

reena, bukan ka malam2 dok teriak bawah selimut? :p

madam sooyaree, umur tak penting, janji jodoh kekal kan!

heze, iskkkk, aritu kata minat bagai nak rak, ribu2 abis vote masa oiam! kan, kan, kan! :p

nuffnang