nuffnang

Sunday, May 4, 2008

surah-surah pilihan ibu mengandung

alhamdulillah, semasa dari mengandung kan adam dzarif, saya terus mencari buku2 panduan serta amalan2 membaca Al-Quran ketika hamil. mengandung anak sulung, masa tu tenaga masih kuat, saya sempat khatam semasa 9 bulan adam dlm kandungan. tapi, kali ini berlainan sedikit, badan amat penat.. ni pun baru juzuk yg keberapa... alahai. namun, 7 surah tertentu tetap menjadi amalan saban malam. antaranya :-


1. SURAH AL-FATIHAH
Makkiyyh : 7 ayat


2. AYAT QURSI
Surah Al-Baqarah ayat 255


3. SURAH YASIN
Makkiyyah : 83 ayat


4. SURAH AT-TAUBAH
Madaniyyah : 129 ayat


5. SURAH YUSUF
Agar memperolehi anak yg soleh, sihat, cantik & sempurna. kalau kepingin anak lelaki pun perbanyakkan baca surah ni.


6. SURAH LUQMAN
Makkiyyah : 34 ayat
Agar memperolehi anak yang taan dan bijak.


7. SURAH MARYAM
Makkiyyah : 98 ayat
Memperolehi anak yg sabar dan taat. juga sebagai doa dipermudahkan bersalin. Kalau ingin anak perempuan, banyakkan baca surah ni.



dan, pagi ni masa membelek utusan online terbaca tentang ni:-

CD keluaran hijjaz records. CD ni dah berada dipasaran ngan harga RM 15.90, boleh juga dipesan secara online di http://hijjazrecords.com.my/

1 comment:

Anonymous said...

xsame baca live ngn rekording.. xde aura maaa

nuffnang