nuffnang

Thursday, June 11, 2009

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

Pada semua kawan2 yg wish birthday saya semalam, thanks a lot ya...
terharu sangat2...
ada ucapan yg ditinggalkan di blog, facebook, sms, email... saya hargai doa2 dari kalian...

disebabkan takleh nak balas apa2.... nak ajak makan kek sorang sikit pun jauh... hari saya akan ke 'rumah' anda semua & click banner nuffnang anda!!! itu je yg sama mampu lakukan sebagai tanda terima kasih saya!

Again, thank you so much, friends!


ps- ucapan selamat hari lahir juga (10 june) untuk :
- abang kepada mummyyaeesh... (pengantin baru nih!)
- abang zaini yg berada di brunei (bila nak celeb sama2 nih??)
- sis dazlin from land below the wind.. lina rindu u sangat2!

Wednesday, June 10, 2009

feelin' great @ 30!

happy birthday to me..
happy birthday to me..
its my 30th birthday!
Alhamdulillah...
syukur pada-MU Ya-ALLAH
saya bahagia dikelilingi dgn orang2 yg sayang kan saya..
saya sihat tubuh badan..
saya dilimpahi rezeki yg cukup...
SYUKUR



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



it comes in surprised form... memang surprise!

*

*

*

*

*

taraaaaaaa!






abang, thanks for the lovely present...
i love it.. & of course... i love you!!!

Monday, June 8, 2009

kenapa kita ber-BLOG?

secara tiba2, saya terfikir soalan ni tadi...

kenapa saya dan anda ber-blog dan sekaligus declared ourselves as seorang blogger?

1. nak tunjuk kat anak cucu kah? (masalahnya, diaorg teringin ke nak tengok nanti?... gulp)

2. saja2 sebab memang dari azali cita2 nak jadi penulis... hiksss...

3. sebab semua orang ada blog... tak cool okeh kalau kita je takde blog...

4. ala, account blog kan pree.. apa salahnya...

5. memang nak cari kawan melalui blog..., leh gak bertukar2 info dan cerita

6. nak tayang apa saja yg kita buat dan beli... (yg ni niat masing2... saya suka je tengok apa yg orang lain beli!.. ngeeeee...)

7. nak abadikan catatan harian... kira ala2 diari la, tp version canggih sket...

8. nak simpan gambar2 kenangan..

9. nak share minat & interest...

10. nak dapat duit extra dr iklan - nuffnang / google adds..

11. tempat luahan perasaan..

tapi, tak kisah lah apa saja niat kita yg PENTING jangan libatkan atau susah kan orang lain sudah. Sehingga kini saya masih tak faham kenapa ada orang yg sanggup abiskan masa baca blog orang then hentam / komen cukup2! serious saya tak faham kenapa ada manusia yg busuk hati, sempit akal sampai macam tu... tak baik kita judge seseorang tu berdasar kan hasil tulisan dalam blog dia aje... dan baru2 ni kecoh (dikalangan wartawan hiburan) bila ada seorang artis yg mengutuk artis lain dlm blog dia, tapi bila disoal wartawan, komen dia..."saya ni bukan pandai sgt menulis, jadi terkeluar lah macam tu sedangkan bukan maksud saya macam tu.." lorrr... macam mana tu? pada saya, kalau tak tahu menulis sekalipun, jgn lah libat kan orang lain.. cerita perihal diri sendiri, kan senang! citer lah tentang ayam itik dikampung, arini makan nasi lauk telur goreng, tadi gi kerja pakai seluar kaler coklat... lagi bagus dr anda mengata hal orang di blog anda!

Jika niat kita baik, pasti ada balasan baik dan begitulah sebalik nya!

Untuk saya sendiri, saya sekadar seronok bercerita / berkongsi.. dan saya juga tak sangka saya ada kawan2 dari alam cyber yg baik2. Yang sentiasa, memberi komen yg membina serta doa yg berpanjangan. Saya juga gembira membaca blog2 yg saya suka baca, kind of theraphy juga... saya dapat berkongsi apa yg saya nak kongsi, saya dapat tau benda yg selama ni saya tak tau...

Saya gembira saya seorang BLOGGER!!! (walaupun blog saya tak le secanggih mana & content nya cacamarba!)




ahakkkksssss!!!
ps- sekadar info akta blog boleh baca disini

majlis berkhatan adik Muhammad Rusyaidi

pertama kali dapat jemputan ke majlis berkhatan... siap ada invitation card tu!
majlis ni kat area jalan kebun, rumah my hubby's friend..
majlis ni untuk anak dia yg selamat berkhatan last week - adik Muhammad Rusyaidi (12years old)... adik, adik dah besar dah; pasni leh la ada gepren!!! ngeeeee!

foods memang best!
-nasi hujan panas, rendang daging, ayam masak merah, ayam kurma, acar rampai, acar buah, udang & tauhu goreng....
-jelly, marble cake, fruit cake, kuih bakar, air oren & paling best abc!!! sedap sangat!



L.I.C.I.N.



my darling boy...



my darling girl! she such a happy girl!
sengih 24/7!



mummy & baby girl...
mummy nampak amat gumukssss disini.. siler abaikan!
nampak tak khemas kaler merah tu? tu lah majlis nya..


dah selesai makan semua, terus gi Summit USJ, niat nak cari buku kat poplar warehouse sales.. tp, tak best lah... byk chinese books je...
pegi pulak bawah tu, ada buat payless books nyer sales... pun takde yg menarik perhatian!



adam dzarif... sibuk2 nak posing2 atas stage!


dari situ,
-pegi lak Babyland...kat situ dah jual Avent BPA free bottle tau! untuk 9oz bottle, rm49.00 (kata taknak avent!!! hishhhh!).. so, beli lah barang2 anak serba sikit kat situ..
-masuk lak cold storage, beli barang2 dapur..
then terus balik... sah2 petang tu ada F1 kan, kelam kabut hubby nak balik...


dak montel; my hunny bunny sugar pie!





Sunday, June 7, 2009

daddy's lil girl...







ps- ariana damia is 8month old today

recent hobby : cruising kat tepi sofa!!! :p

Friday, June 5, 2009

JPJ Malaysia kewl!!!

Good Job JPJ Malaysia!
Jabatan korang memang efisien!

last nite, i'm planning to renew my driving licience through online. googled for the linked..., click it and within 5 minutes... dah siap satu transacion. hassle-free... bayar boleh pilih either through cc, or debit ur saving / current account.
and this morning, i received a phone call from them,bgtau, they'll send my licience kejap lagi... (after the delivery boy balik dr friday prayer)...

so, renew terus for 3 years, 2012 baru expired!

anyone, nak renew lesen kereta / motor... apa2 je la.. click link kat bawah ni k.
nak check saman pun boleh!











ps- klu semua jabatan kat malaysia ni efisien cenggini kan bagus!

pa pe pun, tahniah jpj malaysia!





Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.

PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.

''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September," katanya.



sumber: sini







note utk diri sendiri : siler cepat2 abiskan balance ganti puasa... ngeeeee!

nuffnang