nuffnang

Wednesday, June 15, 2011

Aira Darlina, 3month old

11/6/11

















ini si bongsu montel saya :)



- Posted using BlogPress from my iPod

Monday, June 13, 2011

kudapan kegemaran






MAMEE
sedap weh! Dlm tak sedar dah abis berbungkus2!

:p






- Posted using BlogPress from my iPod

Saturday, June 11, 2011

Fenomena Seth Tan / Nora Elena / Kasih Yang Suci


Setelah puss mencari decays bookstore, akhirnyaaaaaaaa.......
Tadaaaaaaa......




Jumpa pun novel terbitan Alaf21, hasil karya Meen Zulaikha! Try...!

Bila dah masuk MPH, memang tipu lah klu hanya beli 1... So, cari a few tittles yg memang dah di'aim' tapi jumpa yg ni je;






So, ni lah 2 bacaan utk minggu ini berserta beberapa buah majalah!

:)






- Posted using BlogPress from my iPod

Friday, June 10, 2011

Tuesday, June 7, 2011

"POKOK"

layan lah lagu ni!
suka!
Taja (mr composer for this song sangat genius!)




Sunday, June 5, 2011

Apa Kata 'Survey'?

'Layan macam pelacur'

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami."

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

(sumber berita harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layanmacampelacur_/Article/)














'itu dia kata, anda kata bagaimana pula?'
ermmmmmm........

Saturday, June 4, 2011

6th Anniversary

4 June 2011 - 6th anniversary - Empire Hotel


Syukur Alhamdulillah!
:)












Terima Kasih Allah!




- Posted using BlogPress from my iPod

nuffnang