nuffnang

Sunday, January 24, 2010

soalan objektif : apa perasaan anda kalau.......

anda ada membeli tudung bercorak (printed bkn plain) dari sebuah gedung tudung yg famous di Malaysia yg sah2 lah harganya mencecah rm100 sehelai. pada suatu hari anda berjalan2 bergembira bersama keluarga di pusat membeli belah, anda tepandang di gerai2 (cart) yg ada dlm shopping mall tersebut anda ternampak tudung dengan corak yg SAMA dengan yg anda miliki, dan pula harganya cuma rm20 sehelai. jenis material kurang pasti sebab tak kuasa nak pegi pegang2!!! apakah perasaan anda ketika itu?

(a)rasa tertipu sangat & bersumpah takkan beli lagi tudung di kedai yg famous tersebut, lalu kat depan kedai dia pun tak mau tau!!

(b)tak rasa apa2 pun.... i punya mahal apa!!!!

(c)lain kali baik beli yg rm20 ni je, bukan orang tau pun... label brand pun dok kat dalam!

(d)tetap beli jugak di kedai famous tersebut..... sebab selesa sangat tudung nya! dah lah pilihan nya banyak & rambang mata dibuat nya!










ps yg takde kena mengena ngan tajuk entry :-
semalam i berjoli di munawwarah u'oll! 20% discount utk semua tudung kecuali yg cotton!
so, selamat menjamu mata & mengirai duit okeh! offer till 22nd feb 2010.

Friday, January 15, 2010

hukum sertai facebook

sempena hari jumaat yg mulia ni, mari kita baca satu article ilmiah.
ada juga yg mempertikaikan hukum halal & haram menyertai facebook, dan disini ada jawapannya.
sumber : harian metro



-SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:-

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).


2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?


3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).


4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.


KESIMPULAN Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:
1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.
d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

adam's fav activity while in the car

kalau dalam kereta adam mmg suka snap pictures.. just pass him the camera mmg dia akan diam jek through out the journey... dan ini his hasil kerja terkini!


vcd sesame street & dvd player....
boleh tak, sambil amek gambar, sambar gelak tak ingat dunia... maybe dia dok ingat every scenes dlm video tu kot! :p





gambar tangan daddy & daddy's close-up....
gambar close-up mummy pun ada, but tak sanggup nak letak... nampak all flaws kat muka ni! ahaksss....!
mmg ni kira his current hobby, it's ok anak, untung2 jd pro macam saiful nang!!!
:p


Wednesday, January 13, 2010

ETAK

kelantanese pronounced as 'etok'
boleh didapati di persisiran sungai kelantan, dicuci & disalai...
boleh dimakan begitu sahaja (selepas disalai) ataupun ada jugak yg buat masak lemak..
the best etok kat kelantan ialah kat area Salor...
rasanya?????

ahhhhhh...... super sedap!!!



Friday, January 8, 2010

hari untuk anak-anak...

yg betulnya every minute yg ada semuanya utk anak2...
whenever diaorang happy, disitulah kebahagiaan kita,
bila diaorang ketawa, disitulah ketenangan kita....


ada 3, sah2 satu utk mummy nyer!!!

ni pun terselit 2 utk mummy! :p



once upon a time....

berabad dah gambar ni!

masa standard 4 & 6 (rasanya)

muka i tak byk berubah kan... sama je dr dule sampai skrg.. (nak kata awet muda la tu!!! ha ha.. perasan!!!!)

TMGS



Thursday, January 7, 2010

holiday penutup tirai 2009 - KELANTAN

1 week hols at negeri Serambi Mekah....

semua pictures adalah hasil curi dr blog awek ni!












oppssss... ariana dah merengek... nanti sambung cerita panjang2 kay!
sorry...

Friday, January 1, 2010

A new chapter begin...

Welcome 2010!

Semoga tahun 2010 menjanjikan perkara2 yg baik2 utk kita semua.

Mohon ampun dan maaf andai sepanjang 2009 blog "myworldbylina" ini ada menyinggung mana2 pihak.






Ps - sorry kawan2 I didn't reply any comments since still bercuti2; ni pun update guna h/phone. Take care everyone!

nuffnang